Pernahkah anda merasa perasaan anda tersekat?
Pernahkah pula anda terasa perasaan anda serba-salah?
Perasaan tersekat dan serba-salah untuk menegur ‘business
partner’ atau pekerja bawahan anda, apabila anda melihat mereka melakukan
kesilapan kerja?
Atau, apabila anda dapat mengesan mereka memiliki kelemahan
yang menyumbang kepada kesilapan kerja?
Maksud kesilapan kerja di sini, anda nampak mereka telah
melakukan kecuaian.
Mereka cuai menyempurnakan sesuatu proses kerja hingga
menyebabkan perniagaan atau fungsi jabatan anda tidak berperanan sepatutnya,
dan menimbulkan kesan masalah yang merugikan.
Kelemahan pada diri mereka , sehingga mereka terlepas
pandang sesuatu keperluan amat penting atau mereka tidak memiliki kemahiran
(competency) tertentu yang sepatutnya untuk selesaikan masalah sesuatu kerja
atau tugas (assignment).
Akibatnya, fungsi jabatan
atau perniagaan anda berhadapan dengan kerugian, menanggung kos tambahan,
menghadapi tindakan perundangan atau terlepas sesuatu peluang keemasan?
Mengapa perasaan tersekat anda itu berlaku?
Anda ada hasrat untuk menegur mereka, tetapi hasrat anda
tersekat oleh persoalan tertentu yang merisaukan anda.
Kenapa pula perasaan anda serba-salah?
Anda memang rasa perlu sangat untuk jelaskan kepada mereka,
tetapi, perasaan anda bimbang jika timbul pula kesan-kesan lain yang bakal
menjejaskan hubungan dan anggapan mereka terhadap anda.
Bagaimana gambaran perasaan-perasaan itu ?
- Ada isu tertentu tetapi serba salah untuk disampaikan kepada mereka, bimbang mereka terasa hati.
- Risau apakah persepsi mereka terhadap anda jika teguran disampaikan.
- Bimbang bagaimana agaknya perasaan (hard feeling) mereka jika teguran dibuat.
- Terlalu memikirkan adakah mereka boleh menerima teguran yang anda diberikan.
- Anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan teguran.
- Anda tidak pasti apakah kaedah yang sesuai bagaimana kata-kata teguran harus diberikan.
- Anda terlalu bimbang adakah mereka nampak kesilapan dan kelemahan mereka apabila anda memberikan teguran.
- Timbul perasaan takut dalam diri sendiri jika mereka pula dapat melihat kelemahan diri anda apabila anda menegur kelemahan mereka.
- Merasakan wujud jarak perbezaan di antara anda dengan mereka dari sudut peribadi, pendidikan, pegangan, privasi dan pegangan individu apabila berhasrat untuk memberikan teguran.
- Anda merasakan mereka tidak wajar ditegur, kerana mereka sepatutnya boleh menyedari apakah kelemahan mereka dan mereka wajar sama-sama merasai kesannya.
- Anda merasakan sekarang bukan masa yang sesuai untuk anda menegur mereka. Mungkin ada waktu yang sesuai atau wajar menunggu hingga di penghujung tahun.
Jika
ini yang anda hadapi, dan anda tidak berusaha cuba mencari jalan penyelesaian,
anda bakal hadapi masalah besar.
Halangan
yang anda hadapi perlu diperbaiki, atau, atau ia akan berterusan untuk kesan
yang lebih besar.
Persoalannya,
bagaimana anda boleh atasi halangan ini?
Saya
memiliki beberapa tip bagaimana anda boleh mengatasi halangan ini, yang akan
saya kongsikan di coretan seterusnya.
“Stay
Tuned” untuk ikuti catatan saya seterusnya…
Saiful
Mat.
No comments:
Post a Comment