Sunday 21 September 2014

Tips Menyediakan Catatan Harian

Salam Sejahtera,

Dalam coretan sebelum ini, saya telah berkongsi kepentingan Catatan Harian.

Seperti yang saya janjikan, coretan kali ini, saya berkongsi tentang Tip menyediakan Catatan Harian.

Memang tidak dinafikan, perkataan Catatan Harian biasa kita dengar

Asas konsep Catatan Harian kerja bermakna mecatat kerja atau perkara yang dilakukan setiap hari.

Semua orang mungkin boleh membuat catatan setiap hari, persoalannya, setakat mana catatan yang dibuat bermakna dan berfaedah untuk sepanjang hayat.



Catatan Harian jika dilaksanakan dengan kaedah yang betul dan sesuai, adalah rekod amat penting, tanpa mengira, sama ada anda seorang perniaga atau bekerja 'makan gaji'.

Tapi, sifir yang penting bagi catatan harian, kepentingan dan faedah catatan harian bakal anda nikmati adalah setaraf dengan disiplin yang anda milikki.

Memang mudah untuk mula membuat catatan harian, cabaran besar, untuk mengekalkan setiap hari catatan anda.

Faedah Catatan Harian yang bakal anda nikmati :-

  1. Menjadi perakam bertulis peribadi, merekod segala apa yang anda rancang, yang anda laksanakan dan pencapaian anda setiap hari. Ia dapat dilakukan mengikut pemilihan kaedah dan format yang sesuai mengikut cara anda sendiri.
  2. Menjadi penegur paling jujur dan setia, menegur anda jika tiada rekod catatan, jika pencapaian anda tidak mengikut perancangan, matlamat atau sasaran anda sendiri.
  3. Menjadi rakan paling memahami, untuk anda mengadu, luahkan perasaan anda untuk segala cabaran, kegembiraan dan kekecewaan yang anda lalui.
  4. Menjadi pengukur kepada prestasi peribadi anda, membandingkan diantara 'plan' dan 'actual'.
  5. Pakar sejarah peribadi anda, merakam segala suka duka, liku-liku perjuangan dan catatan peristiwa penting, untuk rujukan anda atau orang lain.
  6. Mennjadi transkrip di masa hadapan, sekiranya anda memilikki cita-cita untuk berkongsi segala kejayaan anda kepada orang lain di masa hadapan menerusi penulisan, seminar dan sebagainya.

Nah, kita telah berkongsi apa faedah-faedahnya.

Seterusnya, mari kita lihat, apakah tip menyediakan Catatan Harian.

Saya akan memberikan perkongsian beberapa kaedah yang sesuai. Terserah kepada anda untuk memilih kaedah yang mana sesuai dengan keperluan anda.

Kaedah Pertama - Catatan Harian Essay.

Kaedah ini sama seperti anda menulis diari. Semua catatan apa yang anda lakukan setiap hari, termasuk aktiviti, kejayaan, kelemahan, proses dan maklumat kewangan dibuat secara 'essay'.

Kaedah ini berdasarkan tarikh, Ada yang menyatakan masa apabila catitan aktiviti, mesyuarat atau perjumpaan diperlukan.

Kebaikan kaedah ini, anda boleh menulis catatan mengikut gaya bahasa anda sendiri.

Kelemahan kaedah ini, agak sukar untuk anda menyemak kembali (record trace) catatan anda sekiranya melibatkan tempoh yang agak lama.


Kaedah Kedua - Kaedah Berformat "Precise"

Kaedah ini, catatan anda dibuat menerusi format.

Saya menamakan "precise" kerana catatan anda dipisahkan mengikut format berstruktur.

Format membolehkan catatan dibuat secara tepat, mudah di lihat, dan yang paling penting, mudah untuk dirujuk semula di masa hadapan.

Perbandingan antara yang dirancang dan yang sebenar berlaku untuk anda membuat perbandingan mengapa hasil sebenar tidak seperti dirancang.

Contoh kaedah ini seperti dibawah :-



Kebaikan kaedah ini, catatan anda lebih tersusun, mudah untuk catatan dibuat dan dibandingkan, serta mudah untuk dirujuk di masa hadapan.

Kelemahan kaedah ini, kejujuran mencatat hasil sebenar yang tidak seperti dirancangkan, dan, sering gagal mencari penyelesaian bagaimana untuk memperbaiki hasil seperti sepatutnya.


Kaedah Ketiga - Kaedah Berformat 'PDCA'.

Kaedah ini agak lebih ke hadapan dan menonjol untuk digunakan sebagai catatan harian.

Kaedah ini dinamakan 'PDCA' kerana ia bukan sekadar catatan sekarang, ia juga mengandungi perancangan akan datang untuk setiap aktiviti yang anda laksanakan.

Catatan harian masih dibuat secara berformat dan tersusun, sama seperti kaedah kedua diatas.

Perbezaannya, catatan perlu dibuat bukan sahaja tentang apa yang anda lakukan sekarang, malah, format ini akan membandingkan sasaran (target)  yang harus anda capai, dan, mempersoalkan mengapa anda gagal mencapat 'target' tersebut.

Format ini juga menuntut anda menggariskan apakah tindakan yang perlu anda rancang apabila anda gagal mencapat 'target' anda sendiri.

Contoh kaedah ini seperti dibawah :-




Kebaikan format ini, ia catatan yang komprehensif, termasuk langkah masa hadapan yang perlu difikirkan dan yang perlu dirancang di masa hadapan. Catatan yang amat berfaedah untuk rujukan di masa hadapan.

Kelemahan format ini, ia menuntut disiplin yang tinggi untuk anda menjawab kelemahan anda sendiri, dan memikirkan apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk setiap 'target' yang anda gagal capai.


Wah, perkongian 3 kaedah telah diberikan kepada anda.

Sekarang, terserah kepada anda, kaedah yang mana bakal menawan hati anda.

Kaedah yang mana juga sesuai dengan matlamat dan faedah kegunaan anda.

Selamat mencuba dan apabila catatan harian telah bermula, bina tahap disiplin yang tinggi untuk mengekalkan catatan harian anda sendiri.



Saiful Mat.





No comments:

Post a Comment