Tuesday 4 December 2012

 Salam Sejahtera buat pembaca sekelian,

Pada hujung Nov 2012, saya telah menghadiri Mahkamah Buruh. Alhamdulillah, kemenangan kes di pihak syarikat. Tuntutan yang diterima berkaitan faedah panamatan pekerjaan.

Dengan persiapan rapi dari aspek fakta, terma teknikal, laporan, bukti dan saksi, kesemuanya di nilai dengan sebaiknya oleh pihak mahkamah.

Di dalam berperanan sebagai pihak pembela organisasi atau tertuduh dalam kes tuduhan yang difailkan
oleh pihak penuntut, fakta sejarah dan rekod pekerjaan pekerja perlu disediakan.




Fakta perlu meliputi bermula waktu pekerja mula bekerja hingga menamatkan perkidmatan.

Fakta perlu di sediakan secara teliti dan teratur dengan disokong laporan bertulis, bukti bertulis serta disaksikan oleh saksi yang tepat dan mecukupi.

Selain itu, aspek kefahaman tentang undang-undang dan teknikal perundangan Undang-Undang Pekerjaan dan Undang-Undang Perhubungan Industri adalah satu kemestian.
 
Ianya memastikan agar segala dokumentasi, transaksi tindakan yang dilaksanakan oleh majikan samada diperingkat pentadbiran hingga penyeliaan berlandaskan perundangan akta-akta disebutkan.

Kemahiran didalam membina soal jawab terhadap tertuduh dan saksi kedua-dua pihak menjadi suatu kelebihan dalam perbicaraan.

Begitu juga dengan kekuatan motivasi diri dalam berhadapan tertuduh, saksi mereka dan menangani tekanan proses atau 'proceeding' mahkamah adalah perlu untuk mengawal diri, keadaan dan faktor sekeliling.

Kemenangan kes bukan sahaja menjadi ukuran, peningkatan dan pembelajaran yang diperolehi adalah lebih utama agar peningkatan dan penambahbaikan boleh dibuat terhadap sistem sedia ada didalam organisasi dan sistem melibatkan penggajian pekerja.
 
Bagi yang berminat untuk menceburi bidang Perhubungan Industri dalam Bidang Sumber Manusia, segala perkongsian tips dan motivasi diatas adalah amat berguna buat anda. Keupayaan anda dalam menguasai perhubungan industri akan memperkayakan motivasi diri dan kredibiliti diri anda dalam hal berkaitan pekerjaan dan perundangan perburuhan di Malaysia.

Jumpa lagi di lain coretan..