Monday 29 October 2012

Apa khabar semua..

Bertemu lagi di coretan kali ini.

SURAT TAWARAN PEKERJAAN DAN SURAT PERLANTIKAN PEKERJAAN.

Kali ini saya ingin berkongsi bersama pembaca maksud dan perbezaan diantara Surat Tawaran Pekerjaan dan Surat Perlantikan Pekerjaan. Ramai orang keliru diantara kedua-dua surat ini dan ramai yang membawa tuntutan ke pengadilan samada di peringkat Jabatan Buruh mahupun ke mahkamah kerana kedua-dua dokumen ini. Malah, ramai yang juga menghadapi masalah dan kemelut pekerjaan kerana cuai dan membuat kesilapan terhadap kedua-dua dokumen ini juga.

Biar saya permudahkan untuk mengenali kedua-dua dokumen ini sebagai panduan kepada pembaca sekelian. Saya percaya, pasti ada pembaca yang menghadapi kemelut dokumen ini hingga menyebabkan ada pembaca yang terpaksa bertegang urat di muka pengadilan seperti yang saya sebutkan diatas tadi semata-mata untuk mencari hak dan keadilan semata-mata kerana dokumen-dokumen yang saya sebutkaan tadi.

Dokumen pertama - Surat Tawaran Pekerjaan adalah dokumen yang dikeluarkan oleh mana-mana majikan untuk mengesahkan jawatan atau pekerjaan yang berjaya kita perolehi untuk bekerja. Dokumen ini dikeluarkan kepada seseorang yang telah berjaya didalam temuduga sesuatu jawatan dan sebagai bukti seseorang itu berjaya memperolehi atau memegang jawatan tersebut. Lazimnya Surat Tawaran Pekerjaan hanya tertulis nama dan alamat majikan dan penerima yakni nama seseorang yang telah berjaya sebagai calon sesuatu jawatan, jawatan dan gaji permulaan selain tarikh mula bekerja.

Surat Tawaran Pekerjaan tidak mengandungi syarat-syarat perkhidmatan, iaitu keterangan tentang tempoh percubaan, notis penamatan jawatan, jenis-jenis cuti serta peraturannya dan sebagainya. Namun begitu, surat tawaran pekerjaan adalah amat penting membuktikan seseorang itu telah berjaya sebagai calon bagi sesuatu jawatan yang dipohon dan yang telah ditemuduganya. Surat bertulis ini adalah suatu bukti mutlak. Juga perlu diingatkan, dokumen ini perlu ada pengesahan penerima dimana individu yang menandatangani dokumen ini membuktikan bahawa individu tersebut mengesahkan menerima perkerjaan tersebut.

Dokumen kedua - Surat Perlantikan Pekerjaan membawa definasi berbeza dengan dokumen pertama. Surat perlantikan perkerjaan atau juga dikenali sebagai Surat Perlantikan Jawatan adalah dokumen sah kedua lanjutan daripada dokumen pertama yang lazimnya diberi kepada seseorang pekerja baru semasa melaporkan diri. Dokumen ini lebih lengkap yang bukan sahaja mengandungi maklumat sepertimana yang dicatatkan di dalam surat tawaran pekerjaan, ianya juga lengkap bersama keseluruhan syarat-syarat perkhidmatan termasuk waktu kerja, alamat bekerja, pengesahan jawatan, gred jawatan dan gaji, peraturan syarikat serta disiplin dan sebagainya. Perlu diingatkan juga, dokumen kedua ini juga perlu ada pengesahan penerima dimana individu yang menandatangani dokumen ini membuktikan bahawa individu tersebut mengesahkan menerima perlantikan perkerjaan tersebut.

Kedua-dua dokumen disebutkan diatas adalah dokumen sah, sahih dan wajib dimilikki oleh mana-mana individu yang memulakan pekerjaan, tanpa mengira apa jua jawatan yang dipohon atau disandang. Ianya juga akan menjadi sandaran keselamatan pekerjaan seseorang dimana selama kedua-dua dokumen yang disebutkan bersama individu atau majikan terlibat, selama itu lah jawatan atau pekerjaan seseorang itu berada didalam keadaan yang terjamin, selamat dan layak dibawa ke muka pengadilan sekiranya seseorang individu itu diabaikan dalam pekerjaan, tidak dibayar gaji atau diberhentikan tanpa sebarang alasan yang munasabah. Begitu juga oleh pihak majikan, sekiranya terdapat kecuaian, keengkaran atau berlaku kegagalan pencapaian tahap prestasi oleh pekerjanya.

Jumpa lagi di lain coretan....

Thursday 4 October 2012

Apa khabar semua...

Terima kasih kepada yang mengikut coretan saya ini. Diharapkan perkongsian coretan saya ini akan memberikan menafaat bersama yea..

Semenjak dua hari kebelakangan ni, saya begitu sibuk menghadiri sessi bersama Jabatan Buruh tentang tuntutan pekerja. Hari pertama, bekas pekerja menuntut pembayaran pinjaman pekerja bawahan menggunakan duit sendiri dan seolah tidak dapat bayaran balik daripada majikan. Hari kedua,  pekerja menuntut bayaran gaji sepertimana dijanjikan oleh wakil majikan semasa menghadiri temuduga kerja.

Kedua-dua tuntutan yang saya ceritakan tu adalah logik dan memang wajar dibuat, apatah lagi waktu sekarang kesedaran pekerja menggunakan khidmat Jabatan Buruh untuk mendengar, menyemak dan membuat perbincangan bersama majikan. Itu suatu anjakan kesedaran yang baik dikalangan pekerja untuk membawa ke hadapan sebarang tuntutan berhubung pekerjaan dan perundangan.

Namun begitu, sebelum sebarang tuntutan ingin dibuat, pastikan bahawa tuntutan berdasarkan asas yang betul. Tuntutan tidak berasas atau tidak memilikki asas-asas yang betul hanya akan membazirkan masa kedua-dua pihak kerana tuntutan kita akan disemak secara teliti samada oleh pihak Jabatan Buruh, apatah lagi oleh pihak majikan. Lebih-lebih lagi tuntutan yang palsu, yang berunsurkan kecuaian, yang sengaja diada-adakan atau berdasarkan salah faham diantara kita dengan pihak majikan.

Akibatnya, untuk hari pertama tu, resit pengeluaran wang pinjaman yang didakwa diberikan kepada pekerja bawahan rupanya mencatat tandatangan yang tidak sama dengan tandatangan pekerja yang didakwa diberikan pinjaman. Saya mengesahkan apabila membandingkan dengan tandatangan di borang-borang pekerjaan pekerja.

Begitu juga halnya dengan tuntutan hari kedua, hanya disebabkan salah faham oleh penemuduga kerja yang penemuduga sendiri tidak faham tentang skim gaji, seterusnya memberikan maklumat skim gaji yang salah kepada penuntut.

Akibatnya, kedua-dua tuntutan tu digugurkan dan si penuntut tidak menghadirkan diri kerana mungkin malu, takut pada diri sendiri, sedar bahawa pihak majikan akan menyemak secara teliti dan macam-macam alasan lain apabila tuntutan yang dibuat tidak betul, cuai atau tidak lengkap dan kemas.

Pengajaran yang boleh kita pelajari daripada susur cerita saya ini. pastikan setiap rekod dan dokumen yang kita gunakan apabila melibatkan kewangan atau wang, mestilah lengkap dengan tandatangan yang betul, tarikh dan maklumat lain yang betul. Begitu juga dengan skim gaji semasa kita menghadiri temuduga, mestilah kita perolehi dalam bentuk bertulis, ada tandantangan kedua-dua pihak, tidak secara lisan  dan tidak berpunca daripada kita sendiri salah faham dengan skim gaji kita sendiri.

Semuga kita mendapat menafaat atas pengalaman ini...


Wednesday 3 October 2012

Salam semua..

Maaf kerana lama tak dapat post dalam blog saya ni. Agak begitu sukar untuk dijelaskan tetapi keadaan agak tidak mengizinkan untuk saya menyambung coretan-coretan untuk dikongsi bersama pembaca. Apa pun, sudi lah meneruskan perkongsian coretan saya ini dan InsyaAllah, saya akan berusaha meneruskan coretan-coretan saya ini.

Sebelum saya meneruskan coretan seterusnya, ingin saya menyambung perkongsian berhubung motivasi diri kita apabila kita bertemu pada hari Selasa. Janganlah merasa pelik pulak, mengapa saya menjadikan hari Selasa menjadi hari penting kepada diri kita, tetapi sebenarnya kita sering terlupa tentang kepentingan hari kedua minggu ini kepada kita.

Hari Selasa sebenarnya akan menjadi hari penting kepada diri kita dalam sesuatu minggu. Setelah kita baru nak mula start enjin melalui hari Isnin, setelah kita baru melepasi 'Monday Blues' kita yang baru melepasi hari hujung minggu, setelah kita baru nak mula naikkan semangat diri pada petang Isnin, sehari sebelum hari Selasa, motiviasi diri kita akan mula meluap, terasah dan berada di puncak paling tinggi pada hari Selasa, iaitu selepas kita lalui hari kedua dalam minggu itu.

Cuba rasakan betul-betul dan ingatkan kembali, di pagi Selasa lah semangat kita seolah merasa seperti baru masuk minggu tersebut, bukan nya hari Isnin. Di pagi Selasa juga lah perasaan dan kekuatan diri kita datang, baru lah ternampak betapa sibuk, banyaknya kerja, banyaknya perkara yang perlu kita buat pada minggu tu. Malah, kadang-kadang di hari Selasa juga lah kita macam baru terjaga.."aik, dah hari Selasa dah?" atau kadang-kadang kita bercakap.."hari ni dah hari Selasa yea..?"..

Itu bermakna, pada hari Selasa lah sebenarnya motivasi kita baru bermula berada di puncak tertinggi, perasaan dan kesedaran kita pada satu-satu minggu tu baru memuncak pada hari Selasa dan bukannya pada hari Isnin. Malahan, jika kita perhatikan, motivasi diri kita tidak berada dipuncak begitu pada hari seterusnya, malahan ianya semakin menurun sampai lah hari Jumaat.

Marilah kita gunakan sebaiknya tahap motivasi, semangat dan perasaan kita bermula seawal hari Selasa untuk membuat perancangan kerja pada minggu tersebut kerana kita begitu rugi tidak dapat memenafaatkan kelebihan kita di seawal pagi Selasa untuk mula merancang dan melakukan segala yang kita ingin rancang dan lakukan. Sekiranya kita memulakan berfikit untuk apa yang nak kita rancang dan buat pada hari Rabu dan seterusnya, kita tidak akan berada di tahap motivasi, perasaan dan semangat sepertimana tinggi nya di awal hari Selasa.

Marilah kita sama-sama melakukan perubahan dan memenafaatkan kelebihan diri kita ini, mudah-mudahan kita akan dapat melihat hasilnya. Cuba lah..

Kita jumpa lagi di coretan seterusnya...