Tuesday 6 March 2012

Salam sejahtera semua,

Bertemu kembali bersama coretan motivasi saya. Apalah bermakna coretan saya ni sebagai perkongsian bersama pembaca semua tentang parihal diri kita sendiri didalam melalui hari bekerja, dimana kelemahan yang masih berlaku dan apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasinya.

Suka atau tidak, kita dah pun bertemu hari kedua dalam minggu, iaitu hari Selasa. Hmm, ada sesetengah orang tak berapa suka hari Selasa ni, kecuali kepada sesiapa yang sambut "birthday" atau "best day" dia jatuh pada hari Selasa. Memang lah bermakna kan jika begitu, tapi tetap satu hari Selasa je juga yang dia suka dalam setahun, yang hari Selasa lain, sama lah juga macam orang lain yang tak berapa suka hari Selasa tu...




Mengapa yea perasaan kita agak lain macam bila menyambut hari Selasa. Cuba ingat kan semula, bila aje kita bangun tidur di awal pagi Selasa tu, mesti kita akan menyebut ..."..ala, baru hari Selasa..", seperti berfikir pulak yang kita terpaksa menghadapi hari Selasa. Mungkin sesetengah orang merasakan yang baru semalam, hari Isnin, hari pertama kerja, ada lagi 3 hari sebelum habis minggu ni, banyak lagi hari-hari yang kena bekerja pada minggu ni kan...mula lah keluar dalam minda....banyak nya kerja, lambat nya lagi hari Jumaat, laa...baru hari selasa..macam-macam lagi lah.. Apatah lagi jika hari Selasa tu ada apa "event" penting, seperti ada mesyuarat, hantar laporan awal minggu, hari bertemu boss, dan lain-lain. Mesti hari ke-2 minggu ini adalah hari yang paling mengerikan, menakutkan, melemahkan dan macam-macam lagi la kan..

Dalam sudut berlainan pulak, hari Selasa mesti jadi hari yang seronok bagi kita, jika hari Selasa ni hari untuk kita tak "stay" kat pejabat, tetapi kita buat kerja-kerja luar, memulakan perjalanan jauh, "outstation", pergi latihan di luar kawasan, jumpa pelanggan di luar pejabat, keluar pejabat menghantar dokumen untuk lokasi-lokasi jauh, banyak jumpa orang atau pelawat, dan macam-macam lagi lah.., apa pun, ianya akan jadi hari yang paling seronok dan indah lah jika hari Selasa kita tak ada kat pejabat.

Apa lah beza nya hari Selasa kan...nak kata hari Selasa waktu kerja atau waktu rehat kita lebih panjang..., tidak juga.  Nak kata juga hari Selasa cuaca paling indah, tidak juga kan. Apa lagi yea...nak kata hari Selasa rezeki kita melimpah ruah,...itu kerja tuhan, kita hanya mampu berdoa aje kan...

Jadi, jika semua tu bukan sebabnya, mengapa kita rasa berbeza bila bertemu hari Selasa...?? Itu lah perbezaan tersendiri bila mana motivasi dan emosi diri kita bertemu hari Selasa... Jika nak tahu apa jawapannya, ..sabar, saya akan sambung coretan jawapan persoalan ini pada hari seterusnya. Apa pun, jangan lupa, hari Selasa akan datang lagi jumpa kita lagi minggu depan tau..

Alooha...dari Saiful Mat.


<p><a href="http://www.freedigitalphotos.net/images/view_photog.php?photogid=659">Image: Salvatore Vuono / FreeDigitalPhotos.net</a></p>

Monday 5 March 2012

Salam Semua...

Seperti di janjikan, hari ini bersambung coretan saya berhubung persoalan hari Jumaat dan Isnin di dalam kalendar motivasi diri kita. Bukan lah nak menggangu tentang hari Sabtu dan Ahad, maklum lah, biasanya hujung minggu lah waktu untuk "family day", "personal day" dan macam-macam "day" lagi kan..

Tidak dinafikan tahap motivasi pada hari Jumaat, hari akhir bekerja, memang bak kata orang, "mood" dah tkde nak bekerja. Fikiran dok ingat "plan" yang nak dibuat di hujung minggu. Kena pulak, jam 4 petang ke atas, memang kesian lah kat apa yang datang pada waktu tu, tak kira lah, memo ke, email rasmi ke, fail ke, jawabnya, tinggal atas meja lah nasib dia, itu pun mujur atas meja. Yang email atau memo "soft copy" tu, jawabnya dalam email tu jugak lah kan..usah kata nak buat "checklist" dan "work plan" untuk minggu depan, jauh sekali kan...



Sebenarnya, di situ lah bermula nya saat-saat kerugian kita, kita meninggalkan beban yang tertunggak untuk kita galas di awal waktu Isnin nanti, beban mencari, mem"print", mencetak, memfail, dan sebaginya. Tenaga kita terpaksa dihabiskan untuk melakukan kerja-kerja tu dan mencari dokumen-dokumen tu di permulaan 2 jam pertama pada hari Isnin. Itu belum termasuk konon nak "start enjin" kerja pagi Isnin, silap gaya, sampai pukul 12 tenghari, itu lah kerja kita...

Sudah lah beban kita galas untuk awal atau setengah hari Isnin, kita juga telah membazirkan tenaga minda dan fizikal kita di awal pagi Isnin tu juga. Maksudnya, tenaga "fresh" yang kita dok sebut-sebut selalu tu lah. Sebenarnya, pagi Isnin, sewaktu kita memulakan kerja, pagi itu lah tenaga minda dan fizikal kita berada di kemuncaknya. Sebagai contoh, cuba bayangkan keadaan lain seperti di saat-saat awal kita memulakan "driving" kereta, saat-saat awal bas yang kita naiki bergerak, saat-saat awal kita memulakan berenang di kolam renang, dan sebagainya, bukan kah waktu itu tenaga minda, fizikal dan "mood" kita didalam waktu puncak. Bila dah setengah hari kita memulakan sesuatu tu, baru lah kita rasai penurunan tenaga kita kan..

Begitu lah juga sebenarnya keadaan kita pada hari Isnin, cuma kita aje yang samada tidak perasan atau kita sendiri membiarkan berlalu, atau kita dah terlalu membiasakan diri kita begitu. Sebenarnya, awal pagi Isnin adalah hari yang paling sesuai untuk kita memulakan kita membuat perancangan kerja untuk sepanjang minggu, kerana waktu tu kedua-dua tenaga minda dan fizikal kita berada di puncak.

Jadi, sudah lah bebanan yang kita "carry forward" dari hujung Jumaat lepas, dengan sikap kita yang tidak menyedari kelebihan diri kita di awal waktu hari Isnin, bukan kah kita juga yang rugi. Mula lah kita dok menyalahkan kerja banyak, masa tak cukup, bosan bekerja, perancangan tak betul, dan macam-macam lagi yang kita hadapi bermula hari Selasa sampai lah Jumaat. Tapi yang sebenarnya, kita sendiri yang tidak pandai memenafaatkan waktu puncak tenaga kita di awal pagi Isnin, malah kita membazikannya ke arah lain..

Sama-sama lah kita memperbaiki diri kita dan mempergunakan segala sumber yang kita ada samada di sekeliling kita, malahan sumber dalaman kita sendiri, agar kita akan "enjoy" melakukan kerja dan kita merasa bererti di setiap hari Isnin yang kita hadapi sehingga lah ke hari Jumaat.

Kita bertemu lagi di penulisan saya seterusnya...aloohaa dari saya...Saiful Mat.


www.freedigitalphotos.net



Friday 2 March 2012

Hari ni hari Jumaat...
Hari Jumaat ni selain merupakan penghulu segala hari didalam agama Islam, hari yang digalakkan banyak berdoa untuk mencapai segala hajat dan permintaan kepada tuhan. Tetapi kan, jika silap gaya, ianya akan jadi hari berprestij sebaliknya kepada motivasi kita.

Biasanya lah, hari Jumaat lah hari paling lega setiap minggu kan...apa tak nya, ini lah hari akhir bekerja pada minggu ni, esok Sabtu, lusa Ahad.., hurray... dua hari cuti hujung minggu kan.

Cuti hujung minggu amat bagus buat meluang kan masa dengan anak bini, adik beradik, rakan-rakan, ke nak penuhi hasrat hobi yang dah lama terpendam kan...pergi memancing ker, konvoi motor ke, nak melancung "short term" ke, macam-macam lah boleh dibuat. Bukan saja dapat bersama family, tetapi ini lah masanya untuk charge semula bateri diri kita setelah lima hari bekerja kan...dengan dok bayang kat minda, nanti Isnin masuk kerja, fresh aje kan..

Tanya lah mana-mana orang dan sesiapa yang bekerja, memang hari Jumaat lah akan berlaku dan terlaku suasana yang saya dok sebut tadi. Apa tak nya, dah pulun kerja Isnin sampai Jumaat , ini lah dua hari hujung minggu nak "rest", hilang kan stress, buat perkara-perkara lain yang membina semula semangat diri, berkeriangan dengan keluarga dan mencari angin lain sebelum masuk kerja semula hari Isnin nanti kan..

Tetapi, tidak ramai juga yang tahu dan sedar, hari Jumaat lah adalah hari yang akan mempengaruhi dan menentukan betapa laju atau slow peningkatan produktiviti dan semangat kerja kita pada minggu hadapan. Kita dok dengar, ada yang cakap bila sampai Isnin tu "monday blues", tapi, hak yang jadi makin teruk tu, dah sampai hari Rabu pun masih dok cakap "Rabu blues"... Mana lah ada sampai Rabu Blues kan, ke nak sampai Jumaat semula pun dok nak di sebut "Friday blues" juga..? Wow, hebat...

Bila dok jadi macam tu, maksudnya, graph motivasi kita memang tak naik-naik sampai hari Rabu, malah hari Jumaat juga kot. Dah lah hari Isnin tu memang telah kita semua anggap sebagai tradisi memang takde mood nak kerja...tu yang ramai orang dok cakap...ala, hari Isnin kan..

Sebenarnya, kita dok rugi sangat-sangat bila berlaku macam tu. Walhal, kita dok sebut hari Jumaat lepas, hari Isnin nanti "fresh" datang kerja, tapi tak lah "fresh" juga bila sampai hari Isnin, malah ada yang makin serabut lagi bila dok punch card pagi Isnin. Jadi, apa yang kita rugi. Orang lain pun gitu jugak kan...?

Yea, sebenarnya, kita rugi sangat bila kita jadi "freeze" pada hari Isnin. Saya tak cakap pasal majikan ke, bos kita ke yang rugi, kita sendiri yang rugi banyak secara tak kita sendiri tak sedar.

Apa yang kita rugi? Rugi sangat ke kita? Bukan kan dah biasa hari Isnin tu begitu? Tkpe, ikuti lah penulisan saya seterusnya, apa yang kita rugi dan apa yang perlu kita buat supaya kita tak rugi.

Kita jumpa lagi....alohaa..dari Saiful Mat.

Thursday 1 March 2012

Selamat Datang ke blog Saiful Mat

Sedekad saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman dan aspirasti motivasi kepada para pembaca. Saya memberikan komitment kepada pembaca mendapat kepuasan dan kebaikan atas perkongsian pengalaman dan ilmu menerusi blog saya ini. Tatapi nukilan saya yang akan mendorong pembangunan motivasi anda dalam pendekatan saya tersendiri.


Memang ramai umat yang bercakap tentang motivasi. Hanya membezakan adalah unsur aspirasi yang saya bawakan kepada anda. Bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam. Tapi saya bukan la pulak johari dan saya juga bukan maniam...itu dah lari hasrat tu..

Aspirasi motivasi yang di adun bersama perkongsian pengalaman, pengalaman "real" lagi, yang di hidang dalam konsep jus dari rintangan, kesusahan, keperitan, kegembiraan dan kejayaan, dengan sokongan teori-teori ahli bijak pandai ilmiah, pastinya suatu hidangan minda yang begitu berharga untuk di kongsi bersama pembaca. Ke mana tumpahnya kuah, kalu tidak ke nasi. Ke mana lagi perlu dicurahkan pengalaman bernilai ini kalu tidak kepada pembaca blog saya ini kan..

Mari lah kita berkenalan dan saling mengenali menerusi cetusan blog saya ini. Pastinya kita akan saling perlu memerlukan dalam pendekatan yang berbeza, menarik dan mantap. Kalau tak pun kita berjalan seiring, dapat lah juga kita melayari aspirasi motivasi yang seiring dengan kedahagaan integriti diri anda yang pastinya...halohaa..


Salam perkenalan dari....Saiful Mat.


Image: nokhoog_buchachon / FreeDigitalPhotos.net