Sunday 21 September 2014

Tips Menyediakan Catatan Harian

Salam Sejahtera,

Dalam coretan sebelum ini, saya telah berkongsi kepentingan Catatan Harian.

Seperti yang saya janjikan, coretan kali ini, saya berkongsi tentang Tip menyediakan Catatan Harian.

Memang tidak dinafikan, perkataan Catatan Harian biasa kita dengar

Asas konsep Catatan Harian kerja bermakna mecatat kerja atau perkara yang dilakukan setiap hari.

Semua orang mungkin boleh membuat catatan setiap hari, persoalannya, setakat mana catatan yang dibuat bermakna dan berfaedah untuk sepanjang hayat.



Catatan Harian jika dilaksanakan dengan kaedah yang betul dan sesuai, adalah rekod amat penting, tanpa mengira, sama ada anda seorang perniaga atau bekerja 'makan gaji'.

Tapi, sifir yang penting bagi catatan harian, kepentingan dan faedah catatan harian bakal anda nikmati adalah setaraf dengan disiplin yang anda milikki.

Memang mudah untuk mula membuat catatan harian, cabaran besar, untuk mengekalkan setiap hari catatan anda.

Faedah Catatan Harian yang bakal anda nikmati :-

  1. Menjadi perakam bertulis peribadi, merekod segala apa yang anda rancang, yang anda laksanakan dan pencapaian anda setiap hari. Ia dapat dilakukan mengikut pemilihan kaedah dan format yang sesuai mengikut cara anda sendiri.
  2. Menjadi penegur paling jujur dan setia, menegur anda jika tiada rekod catatan, jika pencapaian anda tidak mengikut perancangan, matlamat atau sasaran anda sendiri.
  3. Menjadi rakan paling memahami, untuk anda mengadu, luahkan perasaan anda untuk segala cabaran, kegembiraan dan kekecewaan yang anda lalui.
  4. Menjadi pengukur kepada prestasi peribadi anda, membandingkan diantara 'plan' dan 'actual'.
  5. Pakar sejarah peribadi anda, merakam segala suka duka, liku-liku perjuangan dan catatan peristiwa penting, untuk rujukan anda atau orang lain.
  6. Mennjadi transkrip di masa hadapan, sekiranya anda memilikki cita-cita untuk berkongsi segala kejayaan anda kepada orang lain di masa hadapan menerusi penulisan, seminar dan sebagainya.

Nah, kita telah berkongsi apa faedah-faedahnya.

Seterusnya, mari kita lihat, apakah tip menyediakan Catatan Harian.

Saya akan memberikan perkongsian beberapa kaedah yang sesuai. Terserah kepada anda untuk memilih kaedah yang mana sesuai dengan keperluan anda.

Kaedah Pertama - Catatan Harian Essay.

Kaedah ini sama seperti anda menulis diari. Semua catatan apa yang anda lakukan setiap hari, termasuk aktiviti, kejayaan, kelemahan, proses dan maklumat kewangan dibuat secara 'essay'.

Kaedah ini berdasarkan tarikh, Ada yang menyatakan masa apabila catitan aktiviti, mesyuarat atau perjumpaan diperlukan.

Kebaikan kaedah ini, anda boleh menulis catatan mengikut gaya bahasa anda sendiri.

Kelemahan kaedah ini, agak sukar untuk anda menyemak kembali (record trace) catatan anda sekiranya melibatkan tempoh yang agak lama.


Kaedah Kedua - Kaedah Berformat "Precise"

Kaedah ini, catatan anda dibuat menerusi format.

Saya menamakan "precise" kerana catatan anda dipisahkan mengikut format berstruktur.

Format membolehkan catatan dibuat secara tepat, mudah di lihat, dan yang paling penting, mudah untuk dirujuk semula di masa hadapan.

Perbandingan antara yang dirancang dan yang sebenar berlaku untuk anda membuat perbandingan mengapa hasil sebenar tidak seperti dirancang.

Contoh kaedah ini seperti dibawah :-



Kebaikan kaedah ini, catatan anda lebih tersusun, mudah untuk catatan dibuat dan dibandingkan, serta mudah untuk dirujuk di masa hadapan.

Kelemahan kaedah ini, kejujuran mencatat hasil sebenar yang tidak seperti dirancangkan, dan, sering gagal mencari penyelesaian bagaimana untuk memperbaiki hasil seperti sepatutnya.


Kaedah Ketiga - Kaedah Berformat 'PDCA'.

Kaedah ini agak lebih ke hadapan dan menonjol untuk digunakan sebagai catatan harian.

Kaedah ini dinamakan 'PDCA' kerana ia bukan sekadar catatan sekarang, ia juga mengandungi perancangan akan datang untuk setiap aktiviti yang anda laksanakan.

Catatan harian masih dibuat secara berformat dan tersusun, sama seperti kaedah kedua diatas.

Perbezaannya, catatan perlu dibuat bukan sahaja tentang apa yang anda lakukan sekarang, malah, format ini akan membandingkan sasaran (target)  yang harus anda capai, dan, mempersoalkan mengapa anda gagal mencapat 'target' tersebut.

Format ini juga menuntut anda menggariskan apakah tindakan yang perlu anda rancang apabila anda gagal mencapat 'target' anda sendiri.

Contoh kaedah ini seperti dibawah :-




Kebaikan format ini, ia catatan yang komprehensif, termasuk langkah masa hadapan yang perlu difikirkan dan yang perlu dirancang di masa hadapan. Catatan yang amat berfaedah untuk rujukan di masa hadapan.

Kelemahan format ini, ia menuntut disiplin yang tinggi untuk anda menjawab kelemahan anda sendiri, dan memikirkan apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk setiap 'target' yang anda gagal capai.


Wah, perkongian 3 kaedah telah diberikan kepada anda.

Sekarang, terserah kepada anda, kaedah yang mana bakal menawan hati anda.

Kaedah yang mana juga sesuai dengan matlamat dan faedah kegunaan anda.

Selamat mencuba dan apabila catatan harian telah bermula, bina tahap disiplin yang tinggi untuk mengekalkan catatan harian anda sendiri.



Saiful Mat.





Saturday 20 September 2014

Merasa Tersekat dan Serba-Salah Menegur Rakan Perniagaan dan Pekerja Bawahan?

Pernahkah anda merasa perasaan anda tersekat?

Pernahkah pula anda terasa perasaan anda serba-salah?

Perasaan tersekat dan serba-salah untuk menegur ‘business partner’ atau pekerja bawahan anda, apabila anda melihat mereka melakukan kesilapan kerja?

Atau, apabila anda dapat mengesan mereka memiliki kelemahan yang menyumbang kepada kesilapan kerja?

Maksud kesilapan kerja di sini, anda nampak mereka telah melakukan kecuaian.

Mereka cuai menyempurnakan sesuatu proses kerja hingga menyebabkan perniagaan atau fungsi jabatan anda tidak berperanan sepatutnya, dan menimbulkan kesan masalah yang merugikan.

Kelemahan pada diri mereka , sehingga mereka terlepas pandang sesuatu keperluan amat penting atau mereka tidak memiliki kemahiran (competency) tertentu yang sepatutnya untuk selesaikan masalah sesuatu kerja atau tugas (assignment).

Akibatnya,  fungsi jabatan atau perniagaan anda berhadapan dengan kerugian, menanggung kos tambahan, menghadapi tindakan perundangan atau terlepas sesuatu peluang keemasan?



Mengapa perasaan tersekat anda itu berlaku?

Anda ada hasrat untuk menegur mereka, tetapi hasrat anda tersekat oleh persoalan tertentu yang merisaukan anda.

Kenapa pula perasaan anda serba-salah?

Anda memang rasa perlu sangat untuk jelaskan kepada mereka, tetapi, perasaan anda bimbang jika timbul pula kesan-kesan lain yang bakal menjejaskan hubungan dan anggapan mereka terhadap anda.

Bagaimana gambaran perasaan-perasaan itu ?

  1. Ada isu tertentu tetapi serba salah untuk disampaikan kepada mereka, bimbang mereka terasa hati.
  2. Risau apakah persepsi mereka terhadap anda jika teguran disampaikan.
  3. Bimbang bagaimana agaknya perasaan (hard feeling) mereka jika teguran dibuat.
  4. Terlalu memikirkan adakah mereka boleh menerima teguran yang anda diberikan.
  5. Anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan teguran.
  6. Anda tidak pasti apakah kaedah yang sesuai bagaimana kata-kata teguran harus diberikan.
  7. Anda terlalu bimbang adakah mereka nampak kesilapan dan kelemahan mereka apabila anda memberikan teguran.
  8. Timbul perasaan takut dalam diri sendiri jika mereka pula dapat melihat kelemahan diri anda apabila anda menegur kelemahan mereka.
  9. Merasakan wujud jarak perbezaan di antara anda dengan mereka dari sudut peribadi, pendidikan, pegangan, privasi dan pegangan individu apabila berhasrat untuk memberikan teguran.
  10. Anda merasakan mereka tidak wajar ditegur, kerana mereka sepatutnya boleh menyedari apakah kelemahan mereka dan mereka wajar sama-sama merasai kesannya.
  11. Anda merasakan sekarang bukan masa yang sesuai untuk anda menegur mereka. Mungkin ada waktu yang sesuai atau wajar menunggu hingga di penghujung tahun.



Jika ini yang anda hadapi, dan anda tidak berusaha cuba mencari jalan penyelesaian, anda bakal hadapi masalah besar.

Halangan yang anda hadapi perlu diperbaiki, atau, atau ia akan berterusan untuk kesan yang lebih besar.

Persoalannya, bagaimana anda boleh atasi halangan ini?

Saya memiliki beberapa tip bagaimana anda boleh mengatasi halangan ini, yang akan saya kongsikan di coretan seterusnya.

“Stay Tuned” untuk ikuti catatan saya seterusnya…


Saiful Mat.

Wednesday 10 September 2014

Kepentingan dan Faedah Laporan dan Catatan Kerja Setiap Hari

Salam Sejahtera,

Bertemu lagi kita di coretan seterusnya kali ini.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan dan faedah memilikki laporan kerja setiap hari.

Persoalan ini nampak 'enteng' dan seperti tidak penting. Ia juga mungkin perkara yang remeh-temeh yang perlu difikirkan. Atau, ia juga mungkin menjadi kerja tambahan (additional job) buat anda selain malaksanakan kerja-kerja rutin harian.



Ramai yang tidak sedar..!!

Ramai yang tidak menyedari, catatan laporan kerja yang kita lakukan setiap hari amat-amat sangat bermakna kepada diri sendiri.

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk seseorang yang berkerja dengan orang lain, atau, juga disebut 'makan gaji', ia juga amat sesuai kepada seseorang yang bekerja sendiri.

Kita sentiasa sibuk berusaha melakukan dan menyiap kerja kita setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Apabila kita berjaya menyempurnakan kerja mengikut apa yang sepatutnya, kita merasa puas dan gembira.

Itu sudah memang menjadi kewajaran buat kita. Bagi yang makan gaji, buat kerja seperti yang bos suruh atau sasarkan. Jika bekerja sendiri, buat sesuatu mengikut 'target' yang kita tetapkan sendiri.

Malangnya, apabila masa berlalu hari demi hari, kita akan lupa apa yang telah kita laksanakan, apatah lagi apa yang telah kita capai.



Ramai yang terlewat...!!

Bagi yang bekerja makan gaji, apabila tiba pertengahan tahun, atau dihujung tahun, kita tahu yang kita telah mencapai hasil dikehendaki, bos kita pun ikuti perkembangan kita, malangnya, apabila penilaian prestasi dibuat, tiada satu pun pencapaian kita direkodkan.

Akibatnya, kita tidak berpuas-hati atas laporan prestasi yang dibuat terhadap kita.

Jika kita nak mempertikaikan penilaian prestasi kita tidak tepat, dan segala 'target' telah kita capai, atau sebahagiannya telah kita capai, kita sendiri tiada rekod untuk mempertahankan diri pada waktu itu.

Haa, disitulah kepentingan catatan atau laporan rekod harian. Catatan dan laporan harian ini masih boleh dibuat mengikut mingguan atau harian, bergantung kepada kesesuaian kerja kita.

Apabila semua jenis kerja dan pencapaian hasil kerja telah kita catit dengan betul, ia akan menjadi 'back-up' kepada kita untuk membela diri sekiranya laporan prestasi tidak tepat dibuat terhadap kita.



Ramai buat kerja sendiri tatapi tidak berbaloi..!!

Bagi yang bekerja sendiri, anda pasti juga ingin melihat kembali hasil atau pencapaian sesuatu perkara, atau ingin melihat kembali proses sesuatu kerja yang telah anda laksanakan atau ingin menilai semula keberkesanan (effetiveness) diantara faktor kos dan komitment yang telah anda berikan sebelum ini.

Ya, disitulah juga pentingnya catatan dan laporan harian apa yang anda telah lakukan selama ini, untuk membantu anda membuat penilaian secara keseluruhan dalam tempoh tertentu.

Bagaimana catatan dan laporan harian ini wajar dibuat, ia boleh dibuat sama ada secara rasmi atau sebaliknya. Begitu juga, boleh mengikut format tertentu atau berdasarkan kesesuaian diri sendiri.

Yang paling penting, catatan dan laporan harian ini benar-benar bermakna buat anda. Ia mungkin tidak dilihat pada waktu sekarang, tetapi, bila sampai masanya, ia akan mewakili diri anda dalam semua perkara.


Saya akan berkongsi tip-tip penyediaan catatan dan laporan harian ini di lain coretan.

Semuga perkongsian ini dapat membantu anda mengorak persepsi diri kepada lebih baik.

Saiful Mat

Tip Menyediakan Surat Rayuan Rasmi

Salam Sejahtera,

Seperti coretan saya sebelum ini, saya menjanjikan tip-tip bagaimana anda boleh membuat surat rayuan rasmi anda sendiri.

Rayuan rasmi adalah usaha terakhir anda terhadap sesuatu keputusan rasmi yang tidak seperti yang anda harapkan adalah dengan tindakan merayu atau membuat rayuan.

Mengapa rayuan adalah perlu dan mengapa ia penting sebagai tindakah terakhir yang anda harus lakukan?


Tiga sebab utama, mengapa anda perlu membuat rayuan :-
  1. Perundangan di Malaysia membenarkan anda membuat rayuan atas sesuatu keputusan, Oleh itu, anda perlu mengambil kesempatan yang sah ini.
  2. Jika di Mahkamah Sivil, persalah sivil diberi peluang untuk merayu untuk meringankan hukuman, oleh itu, dalam soal pentadbiran, peluang merayu memang terbuka kepada anda.
  3. Rayuan rasmi bertulis turut menjadi pertimbangan didalam sesuatu proses pentadbiran dan perundangan di Malaysia. Tiada rayuan rasmi diterima dianggap faktor pertimbangan tidak diambil kira. Oleh itu, wajar bagi anda membuat rayuan rasmi.

Rayuan perlu dibuat secara bertulis kerana perundangan di Malaysia hanya mengiktiraf penerimaan rayuan bertulis sahaja dalam urusan rasmi.

Akan tetapi, anda perlu fahami bahawa rayuan yang dibuat masih tertakhluk kepada faktor pertimbangan yang akan dibuat oleh pihak penerima.

Perundingan lanjut juga boleh tertakhluk diantara anda dan pihak penerima selepas rayuan bertulis diberikan, seperti perbincangan lanjut, proses timbang-tara, proses 'negotiation' dan sebagainya.

Namun begitu, biarpun anda mungkin boleh mencapai 90% atau 80% atau mungkin juga 60% daripada sasaran yang sepatutnya, hasil daripada rayuan yang dibuat, anda masih tidak rugi kerana berusaha, daripada anda tidak berusaha langsung, atau, anda tidak perolehi sebarang hasil langsung.

Sesetengah orang akan melantik dan mengupah orang lain untuk menyediakan surat rayuan. Ia tidak salah sekiranya anda tiada kemahiran untuk menyediakan surat rayuan rasmi.

Tetapi, tujuan coretan saya ini untuk berkongsi apakah tip asas untuk membantu dan membolehkan anda menyediakan surat rayuan anda sendiri.

Tip Pertama.

Surat rayuan mestilah surat format rasmi. Maksud format rasmi adalah perlu ada nama, alamat dan nombor kad pengenalan pengirim, tarikh surat, rujukan surat, alamat lengkap penerima, tajuk, pendahuluan, isi dan penutup surat.

Perbezaan surat rayuan rasmi dengan surat rasmi yang lain adalah bahagian isi surat perlu mengandungi fakta-fakta sesuai (reasonable facts) terhadap rayuan yang anda lakukan.

Manakala di bahagian penutup pula, itu adalah ruang untuk anda menegaskan pendirian dan komitment anda terhadap rayuan yang anda lakukan dan kesungguhan rayuan anda, dan sumbangannya kepada pihak penerima, kebaikan diri anda, kebaikan keluarga anda, masyarakat, bangsa dan negara.

Tip Kedua

Alamat penerima mesti alamat yang lengkap. Jika rayuan melibatkan organisasi, ia perlu mengandungi maklumat lengkap tentang jawatan, jabatan atau bahagian, alamat organisasi lengkap dan nama individu pihak penerima yang bertanggung-jawab bakal menerima surat rayuan anda.

Pastikan tiada kesilapan kepada ejaan nama dan jawatan atau kedudukan nama individu yang bertanggung-jawab menerima rayuan anda.

Jika penama memilikki sebarang pangkat seperti Yang Berhormat, Datuk, Dr dan sebagainya, pastikan ia tepat, lengkap dan betul.



Tip Ketiga

Sekiranya rayuan yang anda lakukan memilikki rujukan sebarang surat rasmi yang telah anda terima, pastikan anda menulis rujukan surat tersebut di ruangan "rujukan tuan" seperti Tip Pertama diatas.

Ini memudahkan pihak penerima membuat rujukan surat rasmi mereka atau fail rasmi mereka yang berkaitan dengan urusan rayuan anda.

Tip Keempat.

Surat rasmi mesti mempunyai tajuk. Perbezaan dengan surat rasmi yang lain, tajuk mestilah tertulis 'RAYUAN RASMI BERKAITAN......'.

Tajuk surat seumpama jodol sebuah cerita atau novel. Ia akan menggambarkan kandungan surat anda dan membuka persepsi awal penerima di peringkat awal membaca surat rayuan anda.

Tip Kelima

Sekiranya anda telah menghubungi pihak penerima berbincang secara lisan sebelum menghantar surat rayuan rasmi, mulakan pendahuluan surat rayuan anda dengan menyatakan tarikh dan dengan siapa (nama) individu yang telah anda hubungi,

Penyataan ini juga akan membantu pihak penerima merujuk kepada individu terbabit apakah perbincangan dan perkara yang telah anda suarakan secara lisan.

Perlu diingatkan, rujukan perbincangan lisan amat penting untuk membantu faktor rayuan anda turut diambil kira.

Tip Keenam

Jelaskan secara terperinci mengapa dan sebab anda membuat rayuan. Ia seharusnya dalam fakta yang jujur, jelas, nyata, logik dan diterima pakai, di dalam bahagian isi surat rayuan anda.

Sebagai contoh, jika berkaitan kewangan, pendapatan dan taraf gaji anda, fakta rayuan mungkin berkaitan dengan perbelanjaan, tanggungan, jumlah anak-anak, hutang yang perlu ditanggung dan latar belakang keluarga anda.

Jika berkaitan dengan hak milik, fakta rayuan mungkin berkaitan dengan tujuan, matlamat, wawasan atau sumbangan anda kepada masa hadapan, keluarga dan masyarakat anda. Fakta seruan kerajaan juga boleh diambil kira dalam aspek ini.

Jika berkaitan dengan prosiding mahkamah sivil, fakta rayuan mungkin berkaitan dengan kehadiran anda, akuan bersalah, rayuan lisan kepada mahkamah, kos perundangan dan 'respect' anda kepada mahkamah.


Tip Ketujuh

Nyatakan komitment anda dengan bersungguh-sungguh di bahagian penutup surat rayuan anda.

Ia boleh meliputi kepada kesungguhan kenapa anda merayu, kesungguhan anda sekiranya rayuan dipertimbangkan dan kesan yang bakal berlaku kepada kedua-dua pihak sekiranya rayuan anda tidak dipertimbangkan.

Tip Kelapan

Apabila menulis ayat dalam surat rayuan rasmi, anda harus menulis dengan ayat yang jujur, jelas dan padat.

Susunan bahagian-bahagian surat rayuan mestilah teratur dan penerima merasa selesa dengan susunan ayat atau bahasa ayat yang anda gunakan.

Semasa proses penyediaan surat rayuan anda, lebih banyak kali anda menyemak 'draft' surat anda, membaca berulang-ulang kali, mengandaikan anda sebagai penerima membaca surat tersebut, ia akan menjadikan surat rayuan anda lebih mantap dan berkualiti.

Tip Kesembilan

Biarpun surat rayuan boleh dibuat dengan tulisan tangan, tetapi, disebabkan perkembangan teknologi masa kini, adalah lebih baik surat rayuan rasmi ditaip, agar lebih kemas dan ayat atau perkataan lebih jelas.

Anda boleh menggunakan Microsoft Word untuk menaip surat rayuan anda.

Tip Kesepuluh

Dokumen sokongan yang dirasakan perlu boleh dilampirkan sebagai rujukan kepada surat rayuan rasmi anda. Sebagai contoh, jika berkaitan ahli keluarga anda, mungkin memerlukan salinan kad pengenalan (Mykad). Jika tentang pendapatan, mungkin salinan penyata gaji atau penyata Bank, dan dokumen-dokumen berkaitan lain yang penting.


Selamat mencuba, dan, semuga anda berjaya dalam usaha rayuan rasmi yang bakal anda lakukan.

Jumpa lagi di lain coretan.

Saiful Mat.






Sunday 7 September 2014

Surat Rayuan - Tujuan dan Kepentingan kepada anda.

Salam Sejahtera,

Anda pasti pernah menghadapi situasi apabila sesuatu permohonan rasmi yang telah dibuat tetapi tidak menerima jawapan, atau permohonan anda sekadar mendapat perhatian, atau mungkin juga permohonan anda ditolak, tidak seperti yang sepatutnya.

Anda juga pasti pernah menerima sebarang keputusan urusan rasmi yang berkaitan dengan permohonan rasmi berkaitan yang pernah anda lakukan, tetapi, keputusan yang diterima tidak seperti yang anda harapkan.

Sama ada dalam keadaan pertama atau kedua diatas, keputusan dukacita yang dimaksukan, yang anda terima mungkin urusan rasmi dengan pihak Jabatan Kerajaan atau pihak swasta tentang  urusan perumahan, perbankan, persekolahan, pinjaman kewangan, undang-undang kerajaan, urusan kekeluargaan dan sebagainya.

Beberapa contoh keadaan yang dimaksudkan seperti dibawah :-

Contoh Pertama :
Anda telah tergantung bayaran kenderaan di sebuah institusi kewangan. Anda tiada kemampuan untuk menjelaskan tunggakan yang berlaku. Anda tiada pilihan terpaksa menemui pihak bank untuk menjelaskan ketidakupayaan kewangan anda tetapi anda ingin memohon penjadualan semula pembayaran kenderaan anda.

Contoh Kedua :
Anda memohon rumah kos rendah. Pendapatan anda berada ditahap syiling kategori tetapi memilikki seramai 5 orang anak yang masih bersekolah. Akibatnya, permohonan anda ditolak kerana kategori pendapatan.

Diatas antara beberapa contoh keadaan yang mungkin berlaku. Apabila keadaan ini berlaku, wajar kah anda perlu menghentikan usaha anda setakat itu? Adakah anda wajar berputus-asa?

Adakah tiada terdapat peluang untuk anda meneruskan usaha anda itu? Adakah tiada jalan rasmi lain untuk anda mungkin memperolehi keputusan yang anda harapkan?

Di sinilah peranan merayu memainkan peranan sebagai usaha akhir anda. Mana-mana perundangan di Malaysia membenarkan rayuan dibuat ke atas sesuatu keputusan yang telah dibuat.

Anda boleh merayu secara lisan, tetapi rayuan lisan dalam aspek ini dianggap sebagai tidak rasmi. Rayuan lisan hanya dibenarkan di dalam sessi berkaitan mahkamah sahaja.

Usaha yang paling sesuai adalah membuat surat rayuan, menterjemahkan rayuan anda ke atas kertas, agar menjadikan usaha rayuan anda sebagai rasmi.

Rayuan yang dibuat secara bertulis juga akan menyediakan bukti penerimaa apabila surat rayuan anda dihantar kepada pihak berkenaan, sama ada bukti pengiriman pos mahupun bukti salinan yang di cop terima oleh pihak terbabit.

Bukti penerimaan amat penting, kerana, ia membuktikan bahawa anda telah berusaha dan menyerahkan rayuan rasmi anda kepada pihak berkaitan bagi tujuan pemerosesan dan pertimbangan fakta rayuan yang anda kemukakan.

Bukti penerimaan surat rayuan juga akan menjadi rujukan utama kepada pertimbangan fakta dan sebab rayuan yang anda kemukan dibawah tanggung-jawab pihak penerima dan melepaskan anda daripada tanggung-jawab tersebut, atau, anda tidak diperselahkan kerana tidak merayu.

Bagaimana surat rayuan rasmi boleh dibuat dan disediakan. Kita akan ikuti perkongsian bagaimana surat rayuan rasmi boleh disediakan dalam coretan berikutnya.

Bertemu di coretan seterusnya.

Saiful Mat.


Saturday 6 September 2014

Salam Bertemu Kembali and Nice To Meet You Again.

Salam Bertemu Kembali.

Setelah sekian lama saya tidak dapat mengemas kini Blog saya, banyak permintaan untuk mengikuti perkongsian pengetahuan Motivasi dan Sumber Manusia daripada Blog saya ini.

Untuk memenuhi permintaan anda semua, saya akan mengemas kini Blog saya, dan, memberikan lebih banyak perkongsian bersama anda semua.

Salam bertemu kembali, semuga perkongsian seterusnya memberikan banyak kebaikan kepada kita semua.

Salam Ikhlas,

Saiful Mat

Nice to meet you again

For the certain period of my blog not being updated, there was high request from the followers to share the update knowledge about the motivation and human resource aspects in my blog.

To fulfill all the followers, I am very glad to update my blog for more knowledge sharing with all of you.

I wish all of us will gain more benefits from these knowledge sharing.

Best Regards,

Saiful Mat.