Sunday 7 September 2014

Surat Rayuan - Tujuan dan Kepentingan kepada anda.

Salam Sejahtera,

Anda pasti pernah menghadapi situasi apabila sesuatu permohonan rasmi yang telah dibuat tetapi tidak menerima jawapan, atau permohonan anda sekadar mendapat perhatian, atau mungkin juga permohonan anda ditolak, tidak seperti yang sepatutnya.

Anda juga pasti pernah menerima sebarang keputusan urusan rasmi yang berkaitan dengan permohonan rasmi berkaitan yang pernah anda lakukan, tetapi, keputusan yang diterima tidak seperti yang anda harapkan.

Sama ada dalam keadaan pertama atau kedua diatas, keputusan dukacita yang dimaksukan, yang anda terima mungkin urusan rasmi dengan pihak Jabatan Kerajaan atau pihak swasta tentang  urusan perumahan, perbankan, persekolahan, pinjaman kewangan, undang-undang kerajaan, urusan kekeluargaan dan sebagainya.

Beberapa contoh keadaan yang dimaksudkan seperti dibawah :-

Contoh Pertama :
Anda telah tergantung bayaran kenderaan di sebuah institusi kewangan. Anda tiada kemampuan untuk menjelaskan tunggakan yang berlaku. Anda tiada pilihan terpaksa menemui pihak bank untuk menjelaskan ketidakupayaan kewangan anda tetapi anda ingin memohon penjadualan semula pembayaran kenderaan anda.

Contoh Kedua :
Anda memohon rumah kos rendah. Pendapatan anda berada ditahap syiling kategori tetapi memilikki seramai 5 orang anak yang masih bersekolah. Akibatnya, permohonan anda ditolak kerana kategori pendapatan.

Diatas antara beberapa contoh keadaan yang mungkin berlaku. Apabila keadaan ini berlaku, wajar kah anda perlu menghentikan usaha anda setakat itu? Adakah anda wajar berputus-asa?

Adakah tiada terdapat peluang untuk anda meneruskan usaha anda itu? Adakah tiada jalan rasmi lain untuk anda mungkin memperolehi keputusan yang anda harapkan?

Di sinilah peranan merayu memainkan peranan sebagai usaha akhir anda. Mana-mana perundangan di Malaysia membenarkan rayuan dibuat ke atas sesuatu keputusan yang telah dibuat.

Anda boleh merayu secara lisan, tetapi rayuan lisan dalam aspek ini dianggap sebagai tidak rasmi. Rayuan lisan hanya dibenarkan di dalam sessi berkaitan mahkamah sahaja.

Usaha yang paling sesuai adalah membuat surat rayuan, menterjemahkan rayuan anda ke atas kertas, agar menjadikan usaha rayuan anda sebagai rasmi.

Rayuan yang dibuat secara bertulis juga akan menyediakan bukti penerimaa apabila surat rayuan anda dihantar kepada pihak berkenaan, sama ada bukti pengiriman pos mahupun bukti salinan yang di cop terima oleh pihak terbabit.

Bukti penerimaan amat penting, kerana, ia membuktikan bahawa anda telah berusaha dan menyerahkan rayuan rasmi anda kepada pihak berkaitan bagi tujuan pemerosesan dan pertimbangan fakta rayuan yang anda kemukakan.

Bukti penerimaan surat rayuan juga akan menjadi rujukan utama kepada pertimbangan fakta dan sebab rayuan yang anda kemukan dibawah tanggung-jawab pihak penerima dan melepaskan anda daripada tanggung-jawab tersebut, atau, anda tidak diperselahkan kerana tidak merayu.

Bagaimana surat rayuan rasmi boleh dibuat dan disediakan. Kita akan ikuti perkongsian bagaimana surat rayuan rasmi boleh disediakan dalam coretan berikutnya.

Bertemu di coretan seterusnya.

Saiful Mat.


No comments:

Post a Comment