Wednesday 10 September 2014

Kepentingan dan Faedah Laporan dan Catatan Kerja Setiap Hari

Salam Sejahtera,

Bertemu lagi kita di coretan seterusnya kali ini.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan dan faedah memilikki laporan kerja setiap hari.

Persoalan ini nampak 'enteng' dan seperti tidak penting. Ia juga mungkin perkara yang remeh-temeh yang perlu difikirkan. Atau, ia juga mungkin menjadi kerja tambahan (additional job) buat anda selain malaksanakan kerja-kerja rutin harian.



Ramai yang tidak sedar..!!

Ramai yang tidak menyedari, catatan laporan kerja yang kita lakukan setiap hari amat-amat sangat bermakna kepada diri sendiri.

Kaedah ini bukan sahaja sesuai untuk seseorang yang berkerja dengan orang lain, atau, juga disebut 'makan gaji', ia juga amat sesuai kepada seseorang yang bekerja sendiri.

Kita sentiasa sibuk berusaha melakukan dan menyiap kerja kita setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Apabila kita berjaya menyempurnakan kerja mengikut apa yang sepatutnya, kita merasa puas dan gembira.

Itu sudah memang menjadi kewajaran buat kita. Bagi yang makan gaji, buat kerja seperti yang bos suruh atau sasarkan. Jika bekerja sendiri, buat sesuatu mengikut 'target' yang kita tetapkan sendiri.

Malangnya, apabila masa berlalu hari demi hari, kita akan lupa apa yang telah kita laksanakan, apatah lagi apa yang telah kita capai.



Ramai yang terlewat...!!

Bagi yang bekerja makan gaji, apabila tiba pertengahan tahun, atau dihujung tahun, kita tahu yang kita telah mencapai hasil dikehendaki, bos kita pun ikuti perkembangan kita, malangnya, apabila penilaian prestasi dibuat, tiada satu pun pencapaian kita direkodkan.

Akibatnya, kita tidak berpuas-hati atas laporan prestasi yang dibuat terhadap kita.

Jika kita nak mempertikaikan penilaian prestasi kita tidak tepat, dan segala 'target' telah kita capai, atau sebahagiannya telah kita capai, kita sendiri tiada rekod untuk mempertahankan diri pada waktu itu.

Haa, disitulah kepentingan catatan atau laporan rekod harian. Catatan dan laporan harian ini masih boleh dibuat mengikut mingguan atau harian, bergantung kepada kesesuaian kerja kita.

Apabila semua jenis kerja dan pencapaian hasil kerja telah kita catit dengan betul, ia akan menjadi 'back-up' kepada kita untuk membela diri sekiranya laporan prestasi tidak tepat dibuat terhadap kita.



Ramai buat kerja sendiri tatapi tidak berbaloi..!!

Bagi yang bekerja sendiri, anda pasti juga ingin melihat kembali hasil atau pencapaian sesuatu perkara, atau ingin melihat kembali proses sesuatu kerja yang telah anda laksanakan atau ingin menilai semula keberkesanan (effetiveness) diantara faktor kos dan komitment yang telah anda berikan sebelum ini.

Ya, disitulah juga pentingnya catatan dan laporan harian apa yang anda telah lakukan selama ini, untuk membantu anda membuat penilaian secara keseluruhan dalam tempoh tertentu.

Bagaimana catatan dan laporan harian ini wajar dibuat, ia boleh dibuat sama ada secara rasmi atau sebaliknya. Begitu juga, boleh mengikut format tertentu atau berdasarkan kesesuaian diri sendiri.

Yang paling penting, catatan dan laporan harian ini benar-benar bermakna buat anda. Ia mungkin tidak dilihat pada waktu sekarang, tetapi, bila sampai masanya, ia akan mewakili diri anda dalam semua perkara.


Saya akan berkongsi tip-tip penyediaan catatan dan laporan harian ini di lain coretan.

Semuga perkongsian ini dapat membantu anda mengorak persepsi diri kepada lebih baik.

Saiful Mat

No comments:

Post a Comment