Monday 5 March 2012

Salam Semua...

Seperti di janjikan, hari ini bersambung coretan saya berhubung persoalan hari Jumaat dan Isnin di dalam kalendar motivasi diri kita. Bukan lah nak menggangu tentang hari Sabtu dan Ahad, maklum lah, biasanya hujung minggu lah waktu untuk "family day", "personal day" dan macam-macam "day" lagi kan..

Tidak dinafikan tahap motivasi pada hari Jumaat, hari akhir bekerja, memang bak kata orang, "mood" dah tkde nak bekerja. Fikiran dok ingat "plan" yang nak dibuat di hujung minggu. Kena pulak, jam 4 petang ke atas, memang kesian lah kat apa yang datang pada waktu tu, tak kira lah, memo ke, email rasmi ke, fail ke, jawabnya, tinggal atas meja lah nasib dia, itu pun mujur atas meja. Yang email atau memo "soft copy" tu, jawabnya dalam email tu jugak lah kan..usah kata nak buat "checklist" dan "work plan" untuk minggu depan, jauh sekali kan...



Sebenarnya, di situ lah bermula nya saat-saat kerugian kita, kita meninggalkan beban yang tertunggak untuk kita galas di awal waktu Isnin nanti, beban mencari, mem"print", mencetak, memfail, dan sebaginya. Tenaga kita terpaksa dihabiskan untuk melakukan kerja-kerja tu dan mencari dokumen-dokumen tu di permulaan 2 jam pertama pada hari Isnin. Itu belum termasuk konon nak "start enjin" kerja pagi Isnin, silap gaya, sampai pukul 12 tenghari, itu lah kerja kita...

Sudah lah beban kita galas untuk awal atau setengah hari Isnin, kita juga telah membazirkan tenaga minda dan fizikal kita di awal pagi Isnin tu juga. Maksudnya, tenaga "fresh" yang kita dok sebut-sebut selalu tu lah. Sebenarnya, pagi Isnin, sewaktu kita memulakan kerja, pagi itu lah tenaga minda dan fizikal kita berada di kemuncaknya. Sebagai contoh, cuba bayangkan keadaan lain seperti di saat-saat awal kita memulakan "driving" kereta, saat-saat awal bas yang kita naiki bergerak, saat-saat awal kita memulakan berenang di kolam renang, dan sebagainya, bukan kah waktu itu tenaga minda, fizikal dan "mood" kita didalam waktu puncak. Bila dah setengah hari kita memulakan sesuatu tu, baru lah kita rasai penurunan tenaga kita kan..

Begitu lah juga sebenarnya keadaan kita pada hari Isnin, cuma kita aje yang samada tidak perasan atau kita sendiri membiarkan berlalu, atau kita dah terlalu membiasakan diri kita begitu. Sebenarnya, awal pagi Isnin adalah hari yang paling sesuai untuk kita memulakan kita membuat perancangan kerja untuk sepanjang minggu, kerana waktu tu kedua-dua tenaga minda dan fizikal kita berada di puncak.

Jadi, sudah lah bebanan yang kita "carry forward" dari hujung Jumaat lepas, dengan sikap kita yang tidak menyedari kelebihan diri kita di awal waktu hari Isnin, bukan kah kita juga yang rugi. Mula lah kita dok menyalahkan kerja banyak, masa tak cukup, bosan bekerja, perancangan tak betul, dan macam-macam lagi yang kita hadapi bermula hari Selasa sampai lah Jumaat. Tapi yang sebenarnya, kita sendiri yang tidak pandai memenafaatkan waktu puncak tenaga kita di awal pagi Isnin, malah kita membazikannya ke arah lain..

Sama-sama lah kita memperbaiki diri kita dan mempergunakan segala sumber yang kita ada samada di sekeliling kita, malahan sumber dalaman kita sendiri, agar kita akan "enjoy" melakukan kerja dan kita merasa bererti di setiap hari Isnin yang kita hadapi sehingga lah ke hari Jumaat.

Kita bertemu lagi di penulisan saya seterusnya...aloohaa dari saya...Saiful Mat.


www.freedigitalphotos.net



1 comment:

  1. Hi, Nice post! Would you please consider adding a link to my website on your page. Please email me back.

    Thanks!

    Harry
    harry.roger10@gmail.com

    ReplyDelete