Monday 29 October 2012

Apa khabar semua..

Bertemu lagi di coretan kali ini.

SURAT TAWARAN PEKERJAAN DAN SURAT PERLANTIKAN PEKERJAAN.

Kali ini saya ingin berkongsi bersama pembaca maksud dan perbezaan diantara Surat Tawaran Pekerjaan dan Surat Perlantikan Pekerjaan. Ramai orang keliru diantara kedua-dua surat ini dan ramai yang membawa tuntutan ke pengadilan samada di peringkat Jabatan Buruh mahupun ke mahkamah kerana kedua-dua dokumen ini. Malah, ramai yang juga menghadapi masalah dan kemelut pekerjaan kerana cuai dan membuat kesilapan terhadap kedua-dua dokumen ini juga.

Biar saya permudahkan untuk mengenali kedua-dua dokumen ini sebagai panduan kepada pembaca sekelian. Saya percaya, pasti ada pembaca yang menghadapi kemelut dokumen ini hingga menyebabkan ada pembaca yang terpaksa bertegang urat di muka pengadilan seperti yang saya sebutkan diatas tadi semata-mata untuk mencari hak dan keadilan semata-mata kerana dokumen-dokumen yang saya sebutkaan tadi.

Dokumen pertama - Surat Tawaran Pekerjaan adalah dokumen yang dikeluarkan oleh mana-mana majikan untuk mengesahkan jawatan atau pekerjaan yang berjaya kita perolehi untuk bekerja. Dokumen ini dikeluarkan kepada seseorang yang telah berjaya didalam temuduga sesuatu jawatan dan sebagai bukti seseorang itu berjaya memperolehi atau memegang jawatan tersebut. Lazimnya Surat Tawaran Pekerjaan hanya tertulis nama dan alamat majikan dan penerima yakni nama seseorang yang telah berjaya sebagai calon sesuatu jawatan, jawatan dan gaji permulaan selain tarikh mula bekerja.

Surat Tawaran Pekerjaan tidak mengandungi syarat-syarat perkhidmatan, iaitu keterangan tentang tempoh percubaan, notis penamatan jawatan, jenis-jenis cuti serta peraturannya dan sebagainya. Namun begitu, surat tawaran pekerjaan adalah amat penting membuktikan seseorang itu telah berjaya sebagai calon bagi sesuatu jawatan yang dipohon dan yang telah ditemuduganya. Surat bertulis ini adalah suatu bukti mutlak. Juga perlu diingatkan, dokumen ini perlu ada pengesahan penerima dimana individu yang menandatangani dokumen ini membuktikan bahawa individu tersebut mengesahkan menerima perkerjaan tersebut.

Dokumen kedua - Surat Perlantikan Pekerjaan membawa definasi berbeza dengan dokumen pertama. Surat perlantikan perkerjaan atau juga dikenali sebagai Surat Perlantikan Jawatan adalah dokumen sah kedua lanjutan daripada dokumen pertama yang lazimnya diberi kepada seseorang pekerja baru semasa melaporkan diri. Dokumen ini lebih lengkap yang bukan sahaja mengandungi maklumat sepertimana yang dicatatkan di dalam surat tawaran pekerjaan, ianya juga lengkap bersama keseluruhan syarat-syarat perkhidmatan termasuk waktu kerja, alamat bekerja, pengesahan jawatan, gred jawatan dan gaji, peraturan syarikat serta disiplin dan sebagainya. Perlu diingatkan juga, dokumen kedua ini juga perlu ada pengesahan penerima dimana individu yang menandatangani dokumen ini membuktikan bahawa individu tersebut mengesahkan menerima perlantikan perkerjaan tersebut.

Kedua-dua dokumen disebutkan diatas adalah dokumen sah, sahih dan wajib dimilikki oleh mana-mana individu yang memulakan pekerjaan, tanpa mengira apa jua jawatan yang dipohon atau disandang. Ianya juga akan menjadi sandaran keselamatan pekerjaan seseorang dimana selama kedua-dua dokumen yang disebutkan bersama individu atau majikan terlibat, selama itu lah jawatan atau pekerjaan seseorang itu berada didalam keadaan yang terjamin, selamat dan layak dibawa ke muka pengadilan sekiranya seseorang individu itu diabaikan dalam pekerjaan, tidak dibayar gaji atau diberhentikan tanpa sebarang alasan yang munasabah. Begitu juga oleh pihak majikan, sekiranya terdapat kecuaian, keengkaran atau berlaku kegagalan pencapaian tahap prestasi oleh pekerjanya.

Jumpa lagi di lain coretan....

No comments:

Post a Comment