Thursday 4 October 2012

Apa khabar semua...

Terima kasih kepada yang mengikut coretan saya ini. Diharapkan perkongsian coretan saya ini akan memberikan menafaat bersama yea..

Semenjak dua hari kebelakangan ni, saya begitu sibuk menghadiri sessi bersama Jabatan Buruh tentang tuntutan pekerja. Hari pertama, bekas pekerja menuntut pembayaran pinjaman pekerja bawahan menggunakan duit sendiri dan seolah tidak dapat bayaran balik daripada majikan. Hari kedua,  pekerja menuntut bayaran gaji sepertimana dijanjikan oleh wakil majikan semasa menghadiri temuduga kerja.

Kedua-dua tuntutan yang saya ceritakan tu adalah logik dan memang wajar dibuat, apatah lagi waktu sekarang kesedaran pekerja menggunakan khidmat Jabatan Buruh untuk mendengar, menyemak dan membuat perbincangan bersama majikan. Itu suatu anjakan kesedaran yang baik dikalangan pekerja untuk membawa ke hadapan sebarang tuntutan berhubung pekerjaan dan perundangan.

Namun begitu, sebelum sebarang tuntutan ingin dibuat, pastikan bahawa tuntutan berdasarkan asas yang betul. Tuntutan tidak berasas atau tidak memilikki asas-asas yang betul hanya akan membazirkan masa kedua-dua pihak kerana tuntutan kita akan disemak secara teliti samada oleh pihak Jabatan Buruh, apatah lagi oleh pihak majikan. Lebih-lebih lagi tuntutan yang palsu, yang berunsurkan kecuaian, yang sengaja diada-adakan atau berdasarkan salah faham diantara kita dengan pihak majikan.

Akibatnya, untuk hari pertama tu, resit pengeluaran wang pinjaman yang didakwa diberikan kepada pekerja bawahan rupanya mencatat tandatangan yang tidak sama dengan tandatangan pekerja yang didakwa diberikan pinjaman. Saya mengesahkan apabila membandingkan dengan tandatangan di borang-borang pekerjaan pekerja.

Begitu juga halnya dengan tuntutan hari kedua, hanya disebabkan salah faham oleh penemuduga kerja yang penemuduga sendiri tidak faham tentang skim gaji, seterusnya memberikan maklumat skim gaji yang salah kepada penuntut.

Akibatnya, kedua-dua tuntutan tu digugurkan dan si penuntut tidak menghadirkan diri kerana mungkin malu, takut pada diri sendiri, sedar bahawa pihak majikan akan menyemak secara teliti dan macam-macam alasan lain apabila tuntutan yang dibuat tidak betul, cuai atau tidak lengkap dan kemas.

Pengajaran yang boleh kita pelajari daripada susur cerita saya ini. pastikan setiap rekod dan dokumen yang kita gunakan apabila melibatkan kewangan atau wang, mestilah lengkap dengan tandatangan yang betul, tarikh dan maklumat lain yang betul. Begitu juga dengan skim gaji semasa kita menghadiri temuduga, mestilah kita perolehi dalam bentuk bertulis, ada tandantangan kedua-dua pihak, tidak secara lisan  dan tidak berpunca daripada kita sendiri salah faham dengan skim gaji kita sendiri.

Semuga kita mendapat menafaat atas pengalaman ini...


No comments:

Post a Comment