Wednesday 7 November 2012

Salam Pembaca sekelian
 Petang tadi terima panggilan telefon dari seorang lelaki, menyatakan saudara lelakinya nak mohon kerja penyeliaan. Bila tanya, apa pekerjaan saudaranya sekarang, dia menyebutkan telah memegang jawatan sebagai pengurusan di gedong terkemuka di luar daerah. Bila ditanya lagi, kenapa sanggup untuk memohon jawatan yang lebih rendah, jawapannya, kerana suasana tempat kerja yang tidak kondusif dan masalah keluarga. Nasihat saya berikan, adalah lebih baik bersabar dengan situasi sekarang memandangkan kedudukan yang telah agak baik di dalam kumpulan pengurusan, ikhtiar memohon tahap yang sama di syarikat lain yang seumpanya yang lebih berdekatan dengan kediaman kerana bila dah masuk ke bidang lain, akan merugikan pengalaman yang ada selama ini. Hanya perlu lebih agresif didalam memohon jawatan-jawatan kosong menerusi saluran yang sesuai samada di internet atau secara manual. Mungkin dengan sedikit bersabar, terus berusaha mencari peluang lain yang lebih menepati dan mengekalkan bidang pengalaman selama ini untuk modal seterusnya akan memberikan peluang lebih cerah berbanding memasuki bidang baru, apatah lagi yang lebih rendah kedudukan dari tahap pencapaian sedia ada. 
Namun begitu, apa jua pekerjaan yang bidang yang kita lakukan, bidang atau kerjaya yang kita ceburi dan laksanakan, pastikan ianya menjurus kepada kepuasan diri sendiri, kerjaya dan mendekatkan diri kita kepada tuhan yang esa.
Jumpa lagi di lain cetusan..

No comments:

Post a Comment