Sunday 18 November 2012

Salam sejahtera.

Berdasarkan rekod aduan di Jabatan Buruh, banyak aduan yang dicatatkan oleh golongan pekerja kerana timbul perasaan ketidakpuasan hati pekerja terhadap majikan mereka.

Selaku pekerja yang juga sebagai manusia, perasaan ketidakpuasan timbul disebabkan oleh faktor-faktor tertentu yang kebanyakanya berpunca daripada ketidakadilan dan kegagalan mematuhi keperluan perundangan di antara majikan dan pekerja.









Selaku majikan yang mengambil pekerja, kegagalan mewujudkan ketidakadilan dan ketidakpatuhan kepada perundangan kebanyakannya berpunca daripada tidak memahami keperluan undang-undang semada mewujudkan jalinan perhubungan antara pekerja dan majikan.

Faktor persekitaran dan kehendak skop kerja lazimnya menjadi keutamaan kedua dalam menterjemahkan aduan yang dibuat oleh pekerja, sebaliknya keupayaan majikan didalam memenuhi keperluan Akta Pekerjaan 1955 dan praktis amalan kerja yang teratur menjadi tajuk pokok hampir di setiap aduan yang dibuat.

Selain itu, faktor kekurangan kemudahan kerja dan keperluan komitment kerja yang tinggi bukanlah suatu faktor yang besar untuk disandarkan sebagai aduan berbanding amalan dan komitment majikan mengamalkan amalan pekerjaan yang seimbang dan adil kepada semua pekerja dan penyediaan latihan kerja yang bersesuaian sering dijadikan sebagai ukuran dalam aduan pekerja.

Selaras dengan penetapan gaji minima yang bakal dikuatkuasakan berkuatkuasa Januari 2013, penyeragaman gred gaji dan skima gred kenaikan gaji mengikut tempoh berdasarkan keupayaan majikan harus dibentuk untuk mewujudkan keyakinan dan melahirkan komitment pekerja secara berterusan.

Kemudahan dan pendedahan saluran bagi pekerja menyemak keadilan dan hak tertentu didalam perundangan begitu terbuka luas masa kini menerusi saluran-saluran rasmi samada daripada jabatan penguatkuasa sendiri, malah turut diperolehi daripada media, akhbar, buletin dan seminar tertentu.

Pihak majikan wajar mengambil langkah penambahbaikan kepada sistem pengurusan sumber manusia dan penyediaan dokumentasi yang bukan sahaja meliputi keperluan prinsip-prinsip perundangan yang wajib dan lengkap, malah seharusnya merangkumi keperluan faktor pengesahan oleh  penyedia dan penerima diantara kedua-dua pihak.

Mari kita laksanakan perubahan ini bersama.

Image :
www.freedigitalphotos.net/


No comments:

Post a Comment