Tuesday 28 October 2014

Dialog Rasa Di tipu, Dialog Rasa Di Persalahkan...

Salam Sejahtera semua...

Jumpa lagi dalam perkongsian ini...

Kali ini, saya ingin membawa dua dialog,

Ini bukan dialog skrip filem drama atau filem,

Ini adalah dialog dua realiti keadaan yang pernah dihadapi oleh pekerja dan majikan.

Dialog realiti yang pernah atau sering dihadapi diantara pekerja dan majikan.

Mari kita perhatikan dialog-dialog dibawah.

Dialog #1

Perbualan di antara pekerja dan pekerja.
Dialog di antara Abu dan Atan (bukan nama sebenar)

Abu : Aku tak puas hati lah kat bos syarikat aku...!!"
Atan : Mengapa Abu?
Abu : Masa mula kerja dulu, bos aku cakap ada elaun lah, ada komisyen lah, tapi, bila aku start kerja, bos aku tak bayar pun..
Atan : La, aku datang kerja ke tidak?
Abu : Mesti lah aku datang kerja....kerja bagai nak giler, bos aku tak nak bayar pulak..!!
Atan : Habis tu macam mana..?
Abu : Aku nak report kat Pejabat Buruh lah.., aku pun dah takde mood nak kerja ni..!!



kredit photo kepada bagastripujiantoro-blogspot.blogspot.com


Cuba lihat pula Dialog kedua.

Dialog#2

Perbualan di antara majikan dan penyelianya.
Dialog di antara Bos dan Penyelia

Penyelia : Bos, kita ada masalah lah..
Bos : Apa masalah nya?
Penyelia : Pekerja kita si Abu buat hal, dia malas nak kerja.
Bos : La yke, awak dah kenal pasti, mengapa dia macam tu? Kan dia baru 2 bulan kerja?
Penyelia : Dah bos, dia cakap dia tak berpuas hati dengan bos....!!
Bos : Tak berpuas hati dengan saya...? Kenapa pulak...??
Penyelia : Dia cakap Bos ada janji nak bagi dia elaun dan komisyen, tapi sampai sekarang dia cakap tiada bayar kat dia...!
Bos : La, itu pun jadi hal? Memang saya cakap, tapi saya tak janji. Saya cakap, mungkin saya akan bagi elaun dan komisyen, jika dia rajin kerja...
Penyelia : Saya dah cerita, tapi dia tetap tak boleh terima. Dia cakap nak report ke Jabatan Buruh...!
Bos : La, dia nak buat gitu pulak.....! Hmm, kita berhenti kan dia kerja lah jika dia nak report ke Jabatan Buruh...!!



Kredit photo untuk ewafebri.blogspot.com

Kesimpulan

Apabila kita perhatikan kedua-dua dialog diatas
Kita dapati berlaku tiada kata persetujuan diantara Abu dan Bos nya.
Atau, dengan kata lain, diantara pekerja dan majikannya
Maksud kata persetujuan dalam pekerjaan adalah tidak wujud perjanjian kerja.
Maksud perjanjian kerja pula adalah tiada Kontrak Pekerjaan
Kontrak pekerjaan yang akan mengikat kedua-dua pihak.

Kontrak pekerja mungkin disediakan, tetapi tidak lengkap.
Biarpun majikan hanya akan menawarkan sesuatu faedah tetapi bersyarat,
Ia sepatutnya dinyatakan dalam kontrak perjanjian.
Apabila sesuatu syarat dibuat secara lisan, itu lah yang terjadi seperti dialog diatas.

Kontrak pekerjaan perlu disediakan oleh majikan.
Ia disediakan secara bertulis yang dinamakan sebagai Surat Tawaran Pekerjaan (Employment Offer Letter).
Surat ini mesti difahami oleh kedua-dua pihak dan juga ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
Penerimaan kandungan surat tawaran pekerjaan dapat mengelak ketidakpuashatian di waktu kemudian.

Selain sebagai rujukan kepada kedua-dua pihak,
Ia juga menjadi komitment kepada pekerja kerana bersetuju menerima tawaran kerja yang diberikan majikan
Malah, ia juga menjadi pelindung (protect) kepada majikan sekiranya pekerja tidak mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.
Tanpa mengira sama ada ianya majikan kecil, sederhana atau besar.
Majikan perlu memilikki pengetahuan menyediakan surat tawaran pekerjaan ini.



No comments:

Post a Comment