Sunday 5 October 2014

Ketakutan Yang Lama, Keberanian Yang Baru.

Salam Sejahtera Semua...

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam coretan ini.

Sudah lama saya berhasrat untuk mencurahkan perkongsian ini.

Mungkin perkongsian kali ini ada manfaat kepada orang lain.

Pengalaman yang saya ingin kongsikan berkaitan dengan penghijrahan kerjaya saya.

Penghirahan yang pada awalnya atas desakan persekitaran kerja dan ekonomi,

Tetapi, akhirnya memberikan kebaikan yang tiada tolok bandingnya.

Selama 18 tahun saya berkhidmat dalam persekitaran perindustrian,

Melaksanakan peranan Pengurus Pentadbiran Am (General Affairs) di sebuah syarikat pelaburan Jepun di Jengka, Pahang.

Bekerja untuk tempoh selama itu di luar bandar,

Memang memberikan pengalaman luas yang tersendiri tentang cara pengurusan mengikut budaya organisasi Jepun yang tidak kurang juga hebatnya.

Pendedahan luas tentang pengurusan sumber manusia, perundangan pekerjaan, pengambilan pekerja, pengurusan vendor, perundangan ISO, pengurusan servis, kawalan keselamatan, pengurusan 'compound' dan perhubungan awam diperolehi sepanjang 18 tahun bersama organisasi tersebut.



Namun begitu,

Tempoh yang begitu lama berkhidmat di sebuah organisasi yang mempunyai 'dunia' tersendiri dan terletak di luar bandar menimbulkan 'ketakutan' tersendiri dalam diri sendiri.

'Ketakutan' yang dimaksudkan adalah ketakutan dalam diri yang timbul :-
  1. Merasakan hanya itu kerjaya paling sempurna dan paling sesuai untuk diri sendiri.
  2. Merasakan tiada peluang yang lebih baik sekiranya kerjaya itu tergugat.
  3. Merasakan tiada keupayaan untuk hidup selain kehidupan yang dimilikki waktu itu.
  4. Meraskan penghijrahan kerjaya akan mewujudkan risiko kehidupan.
  5. Terlalu bergantung kepada orang lain dan cara berfikiran orang lain

Itulah persepsi sekian lama yang dipegang selama 18 tahun dalam organisasi yang sama.

Malangnya, saya terpaksa juga keluar meninggalkan organisasi tersebut dengan semua persepsi ketakutan tersebut.

Setelah bekerja di organisasi baru, menceburi cabaran kerjaya baru, dan, lokasi di bandar Kuala Lumpur,

Lokasi yang selama ini menjadi ketakutan sebelum ini, pengalaman yang tanpa diduga dan terbaek saya perolehi.



Bersama organisasi baru, saya menjawat jawatan sebagai Pengurus Sumber Manusia dengan tenaga kerja seramai 2500 orang lebih.

Selain daripada dapat 'refresh' diri sendiri, bersama organisasi baru turut memberi peluang kepada imej baru, personaliti baru, 'branding' baru, cabaran baru, fungsi baru dan kepercayaan baru.

Biarpun Kuala Lumpur, ibukota Malaysia, yang selama ini menjadi ketakutan diri saya,

Cabaran bekerja dan cabaran hidup di kotaraya ini sebenarnya memberikan kekuatan dan keazaman baru yang berganda-ganda 'power' nya berbanding di luar bandar dahulu.

Benarlah orang kata, pekerjaan baru atau kerjaya baru adalah peluang untuk menjadi 'orang yang baru' dalam hidup kita.

Saya benar-benar merasai makna pepatah itu...

Lebih banyak pengalaman, ilmu, kemahiran, keyakinan dan keberanian diri yang saya perolehi selepas penghijrahan ini.



Pengajaran daripada kisah saya ini 

  1. Jangan takut untuk berhijrah, dari perkara kecil hingga ke perkara besar. Hijrah memilikki hikmah tersendiri. Rasulullah telah memberikan contoh terbaik kebaikan hijrah.
  2. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita lakukan dan kita lalui sekarang. Perasaan selesa itu akan menghadkan peluang untuk kita lebih maju.
  3. Jangan takut kepada cabaran baru yang belum kita lalui. Cabaran baru itu lah yang bakal melonjak kita lebih jauh lagi kepada yang lebih baik.
  4. Jangan terlalu terkongkong dengan pemikiran orang lain. Berusaha membina gaya pemikiran sendiri memberikan persepsi baru yang kita tidak dapat bayangkan.
  5. Jangan bimbang jika keseorangan di persekitaran baru. Keseorangan diperingkat awal akan menjana semangat juang yang tiada tolok bandingnya.
  6. Jangan risau dengan persekitaran asing baru. Persekitaran asing memberi kekuatan jati diri dan keyakinan diri yang luarbiasa.
  7. Jangan hilang kepercayaan kepada diri sendiri. Mengenali diri memberikan keyakinan dan keberanian yang tidak pernah kita temui sebelum ini.

Semuga perkongsian pengalaman ini bermenafaat kepada anda.




1 comment: