Saturday 7 December 2013

Kepentingan Strategi Menghadapi Tempoh Percubaan


Tired Man Stock Photo
Free image from http://www.freedigitalphotos.net

Persoalan tempoh percubaan masih lagi menjadi perbincangan kali ini. Saya ingin membawa persoalan ini ke sudut yang lebih mendalam, berkaitan dengan kepentingan memilikki strategi menghadapi tempoh percubaan pekerjaan baru.

Strategi adalah penting untuk memikat majikan baru, terutamanya untuk mencari kelebihan diri sendiri, meletakkan diri selari dengan objektif majikan dan bagaimana mempamerkan potensi, keupayaan dan hasil kerja kepada majikan.

Menjalani dan melalui tempoh percubaan tanpa strategi diri seumpama melakukan kerja tanpa perancangan, tidak membina sasaran yang harus dicapai, berserah sepenuhnya kepada gaya dan kaedah penilaian orang lain dan gagal menyedari untuk menggunakan kelebihan diri sendiri.

Tempoh percubaan bukan merupakan suatu proses satu hala sahaja seperti menduduki peperiksaan bertulis. Masalah yang sering berlaku adalah terdapat pekerja yang dalam menjalani tempoh percubaan mengharapkan majikan menilai dan meletakkan mereka di tahap penilaian yang diharapkan, di kedudukan penilaian yang sama seperti orang lain dan tidak berpuashati, serta menyalahkan majikan membuat keputusan penilaian tentang diri mereka.

Kebanyakan pekerja gagal memahami standard penilaian yang sepatutnya. Malahan, lebih teruk lagi, pekerja gagal mengadaptasi keupayaan diri dengan keperluan sistem kerja bersama majikan baru, gagal memenuhi keperluan kemahiran kerja baru, gagal memahami budaya kerja mengikut dasar majikan baru dan gagal mencapai standard penilaian yang ditetapkaan.

Strategi diri juga amat penting, bukan sahaja sebagai tindakan mempersiapkan diri berhadapan dengan cabaran tempoh percubaan dengan jayanya, ia juga akan menjadi peningkatan tambah nilai diri atau 'self value added' jangka panjang kepada individu dalam pekerjaan baru, untuk kebaikan peningkatan kerjaya jangka masa panjang.

Bagaimana strategi diri seharusnya dibina untuk mempersiapkan diri menghadapi segala cabaran kerjaya ini? Harus kah segala masa, komitment dan tenaga yang kita berikan kepada kerjaya kita hanya akan sia-sia? Wajar kah kita menyalahkan diri sendiri di kemudian hari akibat daripada kelemahan diri kita sendiri kerana tidak menyedari kepentingan strategi dalam diri kita sendiri?

Perbincangan lanjut berhubung strategi diri ini akan kita bincangkan dalam pertemuan seterusnya. Teruskan mengikuti cetusan perkongsian blog saya ini.






No comments:

Post a Comment