Tuesday 24 December 2013

Strategi Kontrak Perkhidmatan


Apa maksud strategi untuk hadapi tempoh percubaan.
Ia bermaksud langkah dan persiapan yang betul yang perlu diambil oleh diri sendiri.
Langkah yang betul sebagai persiapan sebelum menghadapi tempoh percubaan.



Pernah tengok filem P.Ramlee "Tiga Abdul" ?
Saya yakin, semua rakyat Malaysia termasuk anda pernah menontonnya.

Mengapa kali ini saya menyentuh pula tentang hasil karya seniman ini?
Apa kaitan dan hubungan karya seniman ini dengan strategi kontrak pekerjaan?

Mari kita perhatikan sedutan diantara dialog dalam filem tersebut :-

"Hamba datang ingin meminang anak tuan hamba qasidah
Tuan hamba tidak setaraf dengan hamba
Tuan hamba jangan hamba pandang sebelah mata
Hamba lebih kaya dari abdul wahab dan abdul wahib
Apa Buktinya.....;
Baiklah, jika tuan hamba bersetuju, ada satu syarat
Jika tuan hamba marah, tuan hamba akan dijual, dan segala harta tuan hamba akan dirampas
Itu jika hamba marah, bagaimana pula jika tuan hamba marah?
Jika hamba marah tidak ada apa-apa.
Itu perjanjian berat sebelah. Hamba ada sediakan perjanjian baru.
Jika hamba marah, hamba akan dijual, dan, segala harta benda hamba dirampas.
Manakala, jika tuan hamba pula marah, tuan hamba juga akan dijual, dan, segala harta benda tuan hamba juga akan dijual.
Jika tuan hamba bersetuju, mari kita turunkan tandatangan...."

Apa yang dapat kita pelajari daripada sedutan dialog filem diatas?
Sudah tentu, dialog diatas berkisar tentang komitmen, persetujuan dan perjanjian.
Komitment antara kedua pihak,
Persetujuan bersama antara kedua pihak yang dicapai,
Dan, perjanjian bertulis yang dibuat antara kedua pihak sebagai bukti komitmen dan persetujuan.

Begitu juga dalam pekerjaan, ada unsur komitmen, persetujuan dan perjanjian bertulis
Semua itu ditulis dan dibuktikan dalam kontrak pekerjaan
Kontrak pekerjaan adalah sama dengan perjanjian bertulis yang terdapat dalam dialog filem itu.
Lihat lah, betapa tinggi firasat sasterawan negara terhadap isu ini.

Apa itu kontrak pekerjaan?
Ramai yang telah bekerja, telah menandatanganinya tetapi tidak fahaminya.
Ramai yang pernah mendengarnya, tetapi tidak faham kepentingannya.
Kontrak pekerjaan seperti tertulis dalam dokumen berikut:-
1.) Surat Tawaran Pekerjaan
2.) Surat Perlantikan Pekerjaan
3.) Syarat-Syarat Perkhidmatan
4.) Peraturan Syarikat

Kontrak pekerjaan adalah perjanjian bertulis diantara pekerja dan majikan
Perjanjian yang juga berdasarkan Akta Pekerjaan 1955
Perjanjian yang mengikat kedua-dua pihak secara rasmi mengikut undang-undang Malaysia
Perjanjian yang sah laku selama bekerja dan berguna untuk tuntutan perundangan di masa depan.

Apabila kontrak pekerjaan telah ditandatangani bersama,
Kedua-dua pihak terikat kepada komitmen dan persetujuan yang sah,
Majikan berhak menguatkuasakan apa yang telah dipersetujui,
Pekerja mesti mematuhi dan memenuhi komitmen yang telah diberikan.

Masalah yang sering berlaku, pekerja baru tidak membaca dengan teliti kontrak pekerjaan
Ramai yang hanya menandatangani tanpa membaca kesemua kandungannya
Keghairahan mendapat pekerjaan baru melupakan tanggung-jawab diri yang amat penting ini
Akibatnya, berlaku masalah dikemudian hari yang antaranya seperti dibawah:-
1.) Pekerja tidak memahami keperluan tempoh percubaan;
2.) Pekerja tidak faham bidang tugas dan tanggung-jawab jawatan;
3.) Pekerja tidak faham peraturan disiplin;
4.) Pekerja tidak faham syarat-syarat perkhidmatan;
5.) Pekerja tidak mengikut peraturan cuti dan kehadiran; dan sebagainya.

Kesilapan tidak memahami akan mengundang kecuaian dan perlanggaran
Cuai tidak membuat persiapan sepatutnya untuk pekerjaan baru
Perlanggaran kepada syarat-syarat perkhidmatan dan peraturan syarikat.

Perkara paling penting daripada perbincangan strategi kontrak perkhidmatan kali ini,
Baca dengan teliti dan fahami segala yang terkandung dalam kontrak pekerjaan,
Fahami apakah kontrak pekerjaan anda,
Fahami syarat-syarat perkhidmatan dan peraturan syarikat anda,
Fahami bidang tugas dan tanggung-jawab jawatan yang anda sandang.
Semuanya penting untuk penilaian tempoh percubaan dan taksiran prestasi anda.

Jumpa di lain coretan dan perbincangan...

Free picture from http://www.freedigitalphotos.net

No comments:

Post a Comment