Saturday 21 December 2013

Pekerja kehilangan pekerjaan lantaran tindakan pihak Kerajaan



Pada 09 Disember, 2013, saya bertandang ke salah satu pejabat cawangan syarikat di Nilai, Negeri Sembilan. Saya pergi ke cawangan tersebut atas urusan kerja rasmi, untuk bertemu dengan Pengurus Operasi Cawangan Nilai dan kakitangan pentadbiran (Admin) berhubung mesyuarat persediaan menghadapi kes yang akan dibicarakan dalam Mahkamah Buruh pada 10 Disember, 2013.

Pada tarikh yang sama sewaktu sesi kunjungan saya di cawangan tersebut, pengurus dan kakitangan cawangan sedang sibuk melaksanakan kerja-kerja mengemas, menyusun barangan dan dokumen syarikat, dan, membersihkan pejabat cawangan mereka.




Kerja-kerja yang dilaksanakan oleh mereka adalah berikutan keputusan syarikat terpaksa menutup cawangan dan operasinya sekali, lantaran daripada keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik lesen operasi kawalan keselamatan syarikat secara serta merta berkuatkuasa 01hb. November, 2013.

Cawangan Nilai adalah salah satu cawangan operasi syarikat yang dahulunya bertanggung-jawab mengurus operasi kawalan keselamatan untuk hampir 150 orang pekerja berjawatan Pengawal Keselamatan dan hampir 15 orang kakitangan pentadbiran, dan mereka terpaksa menghadapi kehilangan pekerjaan dan penamatan pekerjaan, akibat daripada keputusan yang diambil oleh pihak agensi kerajaan terbabit.

Berikutan keputusan KDN itu juga, seramai 2000 orang pekerja syarikat yang lain dari cawangan lain turut kehilangan pekerjaan secara serta merta bermula 01hb. November, 2013.

No comments:

Post a Comment