Saturday 21 December 2013


Prosiding Mahkamah Buruh


Pada 10 Disember 2013, mewakili majikan menghadiri Mahkamah Buruh di Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Bandar Baru Bangi, Selangor.



Kehadiran wajib seperti diperlukan mengikut 'Saman Defendan' yang dikeluarkan oleh JTK sebagai jalan penyelesaian akhir di peringkat undang-undang pemburuhan (Labour Law) di Malaysia.

Process perundangan mahkamah buruh (Labour Court Proceeding) adalah penyelesaian muktamad yang sah menurut perundangan Malaysia oleh Jabatan Buruh selepas sesi pertemuan berikutan kes aduan yang dilaporkan oleh si penuntut, bersama pihak majikan, yang dikendalikan oleh pihak JTK gagal mencapai jalan penyelesaian.

Penguatkuasaan perundangan mahkamah buruh adalah berdasarkan Akta Pekerjaan 1955, dimana, keputusan mahkamah buruh menerusi kandungan Arahan Mahkamah (Court Order) berdasarkan penilaian fakta dan bukti lengkap disepanjang proses prosiding mahkamah (Court Proceeding) oleh kedua-dua pihak sama ada pihak majikan dan pekerja.


Sebagai Pengamal Sumber Manusia (Human Resource Practitioner), persiapan yang cukup adalah perlu untuk berhadapan sesi perundangan ini dan memastikan justifikasi persidangan mahkamah berjalan lancar, selain, memastikan keputusan arahan mahkamah diperolehi berlandaskan penguatkuasaan Akta Pekerjaan.



Persiapan wajib yang perlu mencukupi dan lengkap adalah seperti bukti dokumen, senarai saksi utama, senarai saksi kedua, keterangan saksi, aspek pematuhan kepada akta, aspek ketidakpatuhan kepada akta, keterangan kes, jangkaan keputusan yang bakal diperolehi, bakal pilihan keputusan yang wajar dibuat, susunan penjelasan (presentation steps), jangkaan soalan untuk si penuntut dan saksi, serta persediaan keupayaan perundingan yang bakal dikendalikan jika diberikan peluang yang diberikan adalah wajar.
-
Jika anda wakil majikan dan kakitangan sumber manusia yang menghadiri prosiding ini, anda adalah pemimpin kepada keseluruhan proses. Namun begitu, anda perlu sentiasa ingat bahawa bekerja berkumpulan (team work) adalah penting, terutamanya melibatkan saksi-saksi syarikat, bermula dari peringkat persiapan, sehingga ke peringkat akhir arahan mahkamah dikeluarkan.

Banyak yang perlu dipelajari, difahami, diikuti, dilalui dan dikongsi bersama dalam aspek perundangan pemburuhan ini. Teruskan mengikuti catatan dan cetusan motivasi ini demi pembangunan penguatkuasaan dan perlaksanaan pengamal sumber manusia di Malaysia.

No comments:

Post a Comment